Kerjaya

Maklumat Pekerjaan:
Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan

Maklumat Pekerjaan

Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan

Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini. Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini. Bidang kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional.

  1. Kejuruteraaan Awam (Jurutera Awam)

  2. Pembantu Kejuruteraan Awam (Pembantu Teknik)

  3. Juruteknik Awam

  4. Kejuruteraan Mekanikal ( Jurutera Mekanikal )

  5. Juruteknik Mekanikal

  6. Mekanik Jentera Am

  7. Kejuruteraan Elektrik ( Jurutera Elektrik )

  8. Juruteknik Elektrik

  9. Penjaga Elektrik

  10. Kejuruteraan Kimia ( Jurutera Kimia )

  11. Pembantu Kejuruteraan Kimia ( Pembantu Teknik )

  12. Juruteknik Kejuruteraan Kimia

  13. Kejuruteraan Elektronik ( Jurutera Elektronik)

  14. Jurutera Kawalan Kualiti

Kejuruteraaan Awam (Jurutera Awam)


Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Keterangan Tugas

Menjalankan penyelidikan serta membangunkan teori dan kaedah yang baru;

Memberi nasihat dan mereka bentuk struktur seperti jambatan, empangan, jalanraya, lapanganterbang, landasan keretapi, saluran paip gas/air, sistem pembuangan sampah, bangunan industri dll;

Menentukan dan menetapkan kaedah, bahan dan kualiti piawaian binaan serta mengarahkan kerja pembinaan;

Mewujudkan sistem kawalan untuk memastikan kecekapan fungsi struktur serta keselamatan dan perlindungan alam sekitar;

Mengurus penghantaran bahan binaan, loji, peralatan dan buruh yang diperlukan bagi projek pembinaan;

Mengenalpasti dan mentadbir kontrak serta mengesahkan kerja disiapkan mengikut jasfikasi yang ditetapkan;

Mewujudkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar-pakar yang berkaitan;

Menyelia pengujian dan pertauliahan kerja yang telah disiapkan.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

jurutera awam

jurutera awam pembinaan bangunan

jurutera awam lebuh raya dan jalan raya

jurutera awam geoteknik

jurutera awam pembinaan jambatan

jurutrra awam pengairan

jurutera awam hidraulik

jurutera awam kumbahan dan sanitari

Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

Minat dalam keusahawanan

Ketepatan dalam kerja

Kecenderungan kepada bidang mekanik

Minat dalam proses-proses mekanik

Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Kerbolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian.

Kelulusan

Ijazah dalam kejuruteraan awam

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1591.70
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 1850.00 – RM 4856.00

Prospek Kerjaya

Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan ke Jawatan Utama Sektor Awam.

Disektor swasta pula mereka boleh jadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka Firma perundingan kejuruteraan. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-

1.  Universiti Malaya
2.  Universiti Teknologi Malaysia
3.  Universiti Teknologi Mara
4.  Universiti Sains Malaysia
5.  Universiti Putra Malaysia
6.  Universiti Malaysia Sarawak
7.  Universiti Malaysia Sabah
8.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
9.  Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10.  Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-

1.  Universiti Tenaga Nasional
2.  Adorna Institute Of Technology
3.  Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd
4.  Institut Teknologi Pertama
5.  Inti College
6.  Kolej Ikram
7.  L & G – Twintech Institute Of Technology
8.  Sepang Institute Of Technology Dll

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan..

Pembantu Kejuruteraan Awam (Pembantu Teknik)

Menjalankan tugas-tugas teknik dibawah arahan am, penyeliaan atau panduan Jurutera Awam, arkitek atau juruukur atau mengikut teknik kejuruteraan awam yang sudah ditetapkan dalam perancangan dan penyeliaan kerja pembinaan berkaitan dengan struktur kejuruteraan awam.dengan menyumbangkan terhadap perancangan dan perlaksanaan projek-projek kejuruteraan awam.

Keterangan Tugas

Membantu dalam penyiasatan ditapak binaan;

Mengambil dan merekod ukuran;

Menguji sampel tanah dan menyediakan laporan;

Membantu penyediaan rekabentuk dan spesifikasi untuk pembinaan;

Memeriksa dan menguji bahan pembinaan yang diterima dari pembekal;

Menentukan kuantiti dan kualiti bahan pembinaan mengikut piawaian;

Membantu penyediaan jadual kerja;

Memeriksa kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan agar spesifikasi dipatuhi;

Menyelesaikan masalah yang berbangkit;

Menganggar kuantiti dan kos bahan pembinaan dan buruh yang diperlukan

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

penyelia tapak

kerani tapak bina

Ciri-Ciri Peribadi

Kebolehan akademik

Meminati profesion ini

Mempunyai pengetahuan dalam bidang sains, matematik dan teknikal

Sanggup bekerja tanpa mengira tempat dan waktu

Mahir dalam bidang komputer

Boleh terdedah kepada keadaan cuaca, bising, habuk

Bersedia menggunakan alat-alat keselamatan seperti kasut, topi keledar, sarung tangan dan lain-lain peralatan yang dibekalkan oleh pihak majikan.

Kelulusan

Memiliki Diploma Kejuruteraan Awam

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1113.20
ETP RM 135.00
EKA RM 115.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 1200.00 – RM 2500.00

Prospek Kerjaya

Disektor awam peluang pekerjaan adalah baik. Mempunyai peluang kenaikan pangkat ke tingkatan kanan, tinggi dan sekiranya berminat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah mereka layak ke jawatan jurutera dan seterusnya kejawatan yang lebih tinggi. Mereka boleh bekerja di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Pelabuhan dan agensi-agensi lain.

Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di firma-firma juruperunding dan syarikat-syarikat yang berasaskan kerja-kerja kejuruteraan awam seperti pembinaan bangunan, jalanraya, empangan, pelabuhan, projek-projek perumahan dan lain-lain.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-
1.  Universiti Teknologi Malaysia
2.  Universiti Teknologi Mara
3.  Politeknik-Politeknik (Jabatan Pendidikan)
4.  Kolej Tunku Abdul Rahman
5.  Institut Teknologi Tun Hussein Onn

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1.  Inti College
2.  Kolej Ikram
3.  L & G – Twintech Institute Of Technology

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM/SPMV sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris ,Matematik, Matematik Tambahan, Fizik atau mata pelajaran sains yang lain.

Juruteknik Awam


Juruteknik awam, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera awam, arkitek atau juruukur, menjalankan tugas teknik yang menyumbangkan kepada perancangan dan perlaksanaan projek pembinaan dan kejuruteran awam, termasuk reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta struktur lain seperti sistem bekalan air dan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan dan lapangan terbang.

Keterangan Tugas

Menjalankan atau membantu dalam ujian terhadap tanah dan bahan binaan yang dilakukan di luar atau di makmal;

Memberikan bantuan teknik berhubung dengan pembinaan bangunan dan struktur lain serta kaji ukur atau penyediaan laporan kaji ukur;

Mewakili arkitek bangunan dan jurutera awam ditapak pembinaan bagi memastikan pematuhan spesifikasi reka bentuk dan pengekalan piawaian yang diperlukan keatas bahan dan kerja;

Menggunakan pengetahuan teknik berhubung dengan prinsip dan amalan bangunan dan kejuruteraan awam untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;

Membantu dalam penyediaan anggaran kuantiti serta kos bagi bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek;

Mengelola penyelenggaraan dan pembaikan;

Menjalankan tugas-tugas berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaraanya:

penyelia kerja

juruteknik kaji ukur

penganggar

Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai minat dalam bidang teknik

Cekap mengenalpasti punca masalah

Mampu membuat penyelesaian,

Berkebolehan untuk mmengenalpasti masalah dan mampu membantu menyelesaikan masalah

Tegas dalam membuat keputusan,

Berkeyakinan dan mampu bertindak positif dalam semua keadaan

Kreatif, mengubahsuai, menyesuai dan memandang kehadapan

Cekap berkomunikasi, idea yang tepat dan padat

Mampu berhubungan dengan personel sokongan

Kelulusan

Lulus SPM/SPMV kepujian Bahasa Malaysia, matematik dan lulus sains. Lulus sijil dari politeknik/SKM lebih berfaedah.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 599.50
ETP RM 135.00
EKA RM 80.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 850.00 – RM 1500.00

Prospek Kerjaya

Prospek kerjaya untuk juruteknik awam amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan 2020 berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembinaan, pembuatan, pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi.

Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan, tertinggi. Boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pembantu Jurutera dan Jurutera dengan meningkatkan pengetahuan iaitu melanjutkan pelajaran ke IPTA samaada sepenuh masa, luar kampus atau melalui pengajian jarak jauh. Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan.

Disektor Swasta pekerjaan ini kebanyakan terdapat di syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat dengan pembinaan projek perumahan, jalaraya,jabatan dan infrastruktur dan lain-lain.

Perancangan Kerjaya Sebagai Juruteknik Awam

SPM/SPMV ———>POLITEKNIK (SIJIL) ———->JURUTEKNIK AWAM
Kejuruteraan Mekanikal ( Jurutera Mekanikal )


Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.

Keterangan Tugas

Memberi nasihat dan mereka bentuk jentera dan alat bagi kerja-kerja pembuatan, perlombongan, pembinaan, pertanian dan perindustrian yang lain;

Memberi nasihat serta mereka bentuk motor dan enjin stim dan pembakaran dalaman, mesin, enjin bukan elektrik yang lain yang digunakan untuk pendorongan lokomotif, kenderaan, pesawat udara atau untuk menghidupkan jentera perindustrian dan jentera-jentera lain;

Memberi nasihat dan mereka bentuk badan, struktur utama, kerangka kapal, pesawat udara, kenderaan darat dan peralatan pesawat udara lain.

Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem gantungan, brek, komponen-komponen lain;

Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem, peralatan pemanasan, pengalihudaraan serta penyejukan;

Memberi nasihat dan mereka bentuk bahagian bukan elektrik bagi perkakas atau produk seperti pemprosesan data, komputer, kamera, projektor dll;

Menentukan dan memeriksa kaedah pengeluaran atau pemasangan serta cara kerja bagi mesin, jentera, perkakas, motor, enjin pertanian, loji peralatan atau sistem perindustrian;

Mewujudkan piawaian dan prosedur kawalan, mengesan dan memperbaiki bagi memastikan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian berfungsi dengan cekap dan selamat;

Mengatur serta mengarah penyelenggaraan dan pembaikkan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian yang sedia ada;

Mengkaji serta memberi nasihat berkaitan aspek teknologi bahan, produk atau menentukan proses;

Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar-pakar lain yang berkaitan;

Menyelia pekerja yang berkaitan.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian

Jurutera Kuasa Nuklear

Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan

Jurutera Kenderaan /Automotif

Jurutera Mekanik/Aeronautik

Jurutera Marin Dll

Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

Minat dalam keushawanan

Ketepatan dalam kerja

Kecenderungan kepada bidang mekanik

Minat dalam proses-proses mekanik

Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Boleh bekerja berpasukan secara berpasukan

Mempunyai minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian, Dll.

Kelulusan

Ijazah Kejuruteraan Mekanikal atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1591.70
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 2500.00 – RM 8000.00

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.

Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1.  Universiti Malaya
2.  Universiti Kebangsaan Malaysia
3.  Universiti Teknologi Malaysia
4.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5.  Universiti Teknologi Mara
6.  Universiti Sains Malaysia
7.  Universiti Putra Malaysia
8.  Universiti Malaysia Sarawak
9.  Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10.  Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1.  Universiti Tenaga Nasional
2.  Universiti Teknologi Petronas
3.  Universiti Multimedia Malaysia
4.  Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd
5.  Institut Teknologi Pertama
6.  Kolej Ikram
7.  Inti College
8.  Kolej Linton
9.  L & G Twintech Institute Of Technology
10.  Sepang Institute Of Technology Dll

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Juruteknik Mekanikal


Juruteknik mekanikal menjalankan tugas teknik biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera mekanikal yang meyumbang kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan loji dan peralatan yang berfungsi secara mekanik.

Keterangan Tugas

Membantu dalam kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan berkenaan dengan perkakas mesin, enjin kenderaan, pesawat, pemasangan, pemanasan, pengalihudaraan dan penyejukan serta loji dan peralatan lain yang berfungsi secara mekanik;

Mereka bentuk dan menyediakan susun atur pemasangan mesin dan jentera;

Menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan bagi pembuatan dan pemasangan;

Membantu dalam penyeliaan teknik berkenaan dengan jentera serta prinsip dan amalan kejuruteraan mekanik supaya dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;

Membantu dalam pembangunan serta mengawasi perlaksanaan piawaian dan prosedur keselamatan bagi kerja kaji ukur marin berhubung dengan badan, peralatan dan muatan kapal;

Menjalankan kerja-kerja berkaitan serta menyelia pekerja-pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

Juruteknik Motor Dan Enjin

Juruteknik Kereta

Juruteknik Aeroangkasa Atau Aeronautik

Jeruteknik Sistem Dan Peralatan Penyejukan Dan Penyaman Udara

Juruteknik Marin

Juruteknik Penganggar/Mekanik

Juruteknik Ujian

Mekanik Jentera Am

Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

Minat dalam keusahawanan

Ketepatan dalam kerja

Kecenderungan kepada bidang mekanik

Minat dalam proses-proses mekanik

Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Kebolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian, Dll.

Kelulusan

Lulus SPM/SPMV dengan kepujian Bahasa Malaysia serta lulus matematik dan mata pelajaran sains.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 599.50
ETP RM 135.00
EKA RM 80.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 750.00 – RM 2000.00

Prospek Kerjaya

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.

Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi dan kejawatan yang lebih tinggi. Sesaorang juruteknik boleh melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS peringkat diploma atau ijazah bagi melayakkannya memohon ke jawatann yang lebih tinggi.

Pusat-Pusat Latihan Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Politeknik Di Bawah Kementerian Pendidikan

Institut Latihan Jabatan Tenaga Rakyat

Institut Latihan Belia Negara

Institut Kemahiran Mara/Pusat Giat Mara

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM/SPMV lulus Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains

Perancangan Kerjaya Sebagai Juruteknik Mekanikal

SPM/SPMV ————->  IKM  ————-> JURUTEKNIK
————-  IKBN  ————->
————->  POLITEKNIK (SIJIL)  ————->
————->  ILJTR  ————->
Mekanik Jentera Am


Membuat kerja-kerja membaiki, servis berbagai jenis mesin, jentera, enjin dan lain-lain alat mekanikal (kecuali kereta motor, enjin kapal terbang, peralatan kapalterbang, peralatan elektrik dan alatan-alatan lain) didalam bengkel atau ditempat-tempat dimana ia digunakan. Memeriksa mesin yang rosak. Membuka sebahagian, menukar sebahagian yang rosak. Memasang semula dan memastikan pemasangan itu betul, menguji dan mempastikan ianya berfungsi dengan baik.

Keterangan Tugas

Mekanik Jentera Am membuat kerja-kerja membaiki perbagai jenis mesin jentera dan alat mekanikal.

Memasang dan memastikan pemasangan dilakukan dengan betul.

Menguji dan membuat penyelarasan keatas alat atau mesin yang telah siap dipasang untuk memastikan jentera atau mesin tersebut berfungsi.

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya:

Mekanik Mesin Pejabat

Mekanik Mesin Tekstil

Mekanik Mesin Pembinaan

Mekanik Mesin Perlombongan

Mekanik Mesin Percetakan

Mekanik Mesin Turbin

Mekanik Alat Penyejukan/Pendinginan Udara

Mekanik Enjin Disel

Mekanik Enjin Kapal Laut

Mekanik Mesin Jahit

Mekanik Otomotif

Mekanik Penyelenggara Loji Dll.

Ciri-Ciri Peribadi

Individu yang berminat dalam bidang ini perlu mempunyai kecenderungan bekerja dengan peralatan mekanikal serta mempunyai semangat tidak mudah berputus asa.

Individu yang berminat bekerja didalam bengkel/kilang dan kadangkala terpaksa bertugas diluar.

Keadaan tempat kerja biasanya kotor dan berminyak.

Kelulusan

Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional/Teknik ) atau Sijil dari institusi-institusi latihan kemahiran awam.

Sijil kemahiran daripada institusi-institusi kemahiran swasta.

Jurugegas Jentera Am


Pekerja-pekerja dalam kumpulan ini menjalankan kerja-kerja membuat, menyusun dan memasang dengan menggunakan peralatan tangan dan membuat pelarasan pada mesin/jentera, menempat dan memasang berbagai jenis mesin/jentera, enjin dan kelengkapan mekanikal (Kecuali kenderaan motor, enjin kapalterbang, peralatan elektrik dan alat-alat jitu).

Keterangan Tugas

Jurugegas Jentera Am bertugas membuat, menggegas dan memasang pelbagai jenis jentera, enjin dan peralatan mekanik.

Meneliti lukisan dan spesifikasi barang yang akan dibuat dan mengira ukurannya

Mengesat dan mengendalikan perkakas mesin untuk memotong dan membentuk bahagian logam menurut spesifikasi tertentu

Memeriksa dan menanda dimensi ditempat tertentu atas logam untuk dipotong dan bentuk bahagian logam mengikut spesifikasi dengan mengguna mesin pemotong dan sebagainya.

Memeriksa dengan teliti benda kerja dengan mengguna mikrometer, alat pengukur metri melas, saparuh lindup dan berkaitan.

Ciri-Ciri Peribadi

Berminat bekerja di bengkel/kilang dan bekerja diluar, ditapak binaan dan lombong

Boleh bekerja dalam keadaan panas dan bunyi bising.

Tempat kerja yang berselerak dengan berbagai peralatan tangan, alat pengukur, serpihan-serpihan logam yang telah dipotong dan diasah.

Perlu berkotor dengan minyak pelincir dan geris.

Boleh menggunakan alat-alat keselamatan seperti sarung tangan, cermin mata keselamatan, kasut keselamatan dan sebagainya.

Kelulusan

Lulus SPM/SPMV dari sekolah vokesional/teknik atau lulusan SKM dari Institut Latihan Kemahiran dalam bidang yang berkaitan.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 489.50
ETP RM 135.00
EKA RM 65.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 600.00 – RM 1500.00

Prospek Kerjaya

Peluang kerjaya dibidang ini terbuka luas dan boleh meningkat keperingkat penyelia juga membuka perusahaan sendiri setelah mempunyai pengalaman dan kemahiran serta modal.

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, KTM Berhad, Percetakan Nasional Negara, Jabatan Penerbangan Awam dan Lembaga-Lembaga Pelabuhan, Badan-Badan Berkanun dan Penguasa-Penguasa Tempatan.

Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di bengkel/kilang industri tekstil, kejuruteraan jentera dan kilang yang membuat alat ganti.

Pusat-Pusat Latihan Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:

Institut Latihan Perindustrian (JTR)

Institut Kemahiran Belia Negara

Institut Kemahiram Mara

Pusat Giat Mara

Pusat Latihan Kemahiran Swasta Seperti Midas, Fit Dll.

Syarat-Syarat Kemasukan

Tamat tingkatan 5

Kejuruteraan Elektrik ( Jurutera Elektrik )


Jurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik. Mereka juga terlibat dalam perkembangan dan pembuatan berbagai jenis alat elektrik. Menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

Keterangan Tugas

Menganalisa dan menyelesaikan masalah kejuruteraan;

Merancang dan mereka bentuk pembuatan dan pemasangan peralatan dan kemudahan kuasa elektrik;

Menentukan jenis dan susunan litar, transformer, litar pintas, talian penghantaran dan peralatan lain;

Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem bagi motor elektrik, kuasa tarikan elektrik dan peralatan lain atau perkakas elektrik domestik;

Mentafsir spesifikasi, lukisan, piawaian dan peraturan yang berkaitan dengan perlatan kuasa elektrik dan peggunaannya;

Menyusun dan mengurus sumber yang digunakan dalam membekalkan komponen, mesin perkakas dan peralatan elektrik;

Menyediakan jadual penghantaran dan pemasangan mesin, suis gear, kabel dan kelengkapan;

Menyelia operasi penyelenggaraan stesen kuasa, sistem penghantaran dan pengagihan dan loji perindustrian;

Menyediakan piawaian dan prosedur kawalan untuk memastikan sistem penjanaan dan pengagihan, motor dan peralatan elektrik berfungsi dengan cekap dan selamat;

Mengesan dan membaiki kerosakan;

Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaiatan;

Membuat kerja-kerja penyeliaan dll.

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaraanya:

Jurutera Penjanaan Kuasa

Jurutera Pengagihan Dan Penghantaran Kuasa

Jurutera Pencahayaan Elektrik

Jurutera Peralatan Elektromekanik

Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Analisa, minda yang analitik

Cekap mengenalpasti punca masalah

Mampu membuat penyelesaian,

Berkebolehan untuk menganalisa kesulitan dan mampu menterjemahkan kepada bentuk yang praktikal

Tegas dalam membuat keputusan,

Berkeyakinan dan mampu bertindak positif dalam semua keadaan

Kreatif, mengubahsuai, menyesuai dan memandang kehadapan

Cekap berkomunikasi, idea yang tepat dan padat

Profesional dalam hubungan dengan personel sokongan

Cepat sedar, memahami isu sosial dan masalah alam sekitar

Kelulusan

Ijazah Sarjana Muda dalam kejuruteraan elektrik

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1591.70
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 1850.00 – RM 4850.00

Prospek Kerjaya

Prospek kerjaya untuk jurutera elektrik amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan 2020 berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembuatan, pemesatan pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi.

Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi sehingga ke Pengarah, Pengurus atau Pengurus Besar. Bagi yang berminat menjadi Pensyarah di IPTA mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan.

Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji DLL . Mereka boleh menjadi juruperunding bertauliah dan menjadi usahawan sendiri.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

1.  Universiti Malaya
2.  Universiti Kebangsaan Malaysia
3.  Universiti Sains Malaysia
4.  Universiti Teknologi Malaysia
5.  Universiti Putra Malaysia
6.  Universiti Malaysia Sabah
7.  Institut Teknologi Tun Hussein Onn
8.  Universiti Teknologi Mara
9.  Politeknik-Politeknik
10.  Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

1.  Universiti Tenaga Nasional
2.  Inti College
3.  Kolej Bandar Utama
4.  Kolej Ikram
5.  L & G – Twintech Institute Of Technology
6.  Pusat Teknologi Dan Pengurusan Lanjutan (Ptpl)
7.  Sedaya College
8.  Sepang Institute Of Technology
9.  Taylor’s College

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Matematik Tambahan atau lulus STPM Gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau yang berkaitan.

Juruteknik Elektrik


Juruteknik elektrik menjalankan tugas teknik di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektrik yang menyumbang kepada rekabentuk, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan peralatan elektrik.

Keterangan Tugas

Membantu membuat kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan berkenaan dengan sistem, peralatan dan kemudahan elektrik serta menguji prototaip;

Membantu menyediakan reka bentuk dan susur atur pemasangan dan litar elektrik;

Menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan bagi pembuatan dan pemasangan;

Membantu penyeliaan teknik bagi pembuatan, pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan peralatan elektrik;

Menggunakan pengetahuan teknik berhubung dengan teori dan amalan kejuruteraan elektrik bagi mengenal pasti serta menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya:

Juruteknik Voltan Tinggi

Juruteknik Kuasa

Juruteknik Ppenghantaran Kuasa Elektrik

Juruteknik Penganggar

Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai minat dalam bidang teknikal

Cekap mengenalpasti punca masalah

Mampu membantu membuat penyelesaian,

Tegas dalam membuat keputusan,

Berkeyakinan dan mampu bertindak positif dalam semua keadaan

Kreatif, mengubahsuai, menyesuai dan memandang kehadapan

Cekap berkomunikasi, idea yang tepat dan padat

Berkebolehan dalam hubungan dengan personel sokongan

Cepat sedar, memahami isu sosial dan masalah alam sekitar

Kelulusan

Lulus SPM/SPMV, kepujian Bahasa Malaysia serta kepujian dalam matematik serta dalam mata pelajaran sains. Memiliki sijil politeknik/SKM lebih berfaedah.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 599.50
ETP RM 130.00
EKA RM 80.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 800.00 – RM 1500.00

Prospek Kerjaya

Prospek kerjaya untuk juruteknik elektrik amat cerah di Malaysia berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembuatan, kepesatan pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi. Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan dan tertinggi.

Boleh melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau luar kampus atau pengajian jarak jauh di IPTA dalam negara bagi meningkat kejawatan yang lebih tinggi.

Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan.

Disektor Swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di industri pembuatan, telekomunikasi, pembinaan, loji DLL .

Penjaga Elektrik

Pekerja-pekerja dalam kumpulan ini menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaiki janakuasa elektrik dan peralatan elektrik di tempat ia digunakan. Menjalankan tugas sebagai jurugegas dan ditambah dengan kerja-kerja menyelenggara dan membaiki peralatan tersebut umpamanya stesyen janakuasa besar dan kecil.

Tugas-tugas termasuk

Memasang, menyelenggara dan membaiki sistem pendawaian elektrik dan peralatan yang berkaitan di pelbagai bangunan seperti sekolah, hospital, pertubuhan komersil, bangunan kediaman dan struktur lain;

Memasang, melaraskan dan membaiki pelbagai jenis jentera dan motor elektrik, penjaga, gear suis dan perkakas kawalan, peralatan atau bahagian elektrik lif dan peralatan yang berkaitan;

Memasang, melaraskan dan membaiki bahagian elektrik perkakas rumah, mesin perindustrian dan perkakas yang lain atau perkakas elektrik kapal terbang, kapal dan kenderaan;

Memasang, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik di panggung dan studio radio atau televisyen;

Memeriksa dan menguji produk keluaran elektrik;

Merancang dan menjalankan penyelenggaraan pencegahan dan berjadual bagi pemasangan elektrik;

Menjalankan tugas-tugas berkaitan;

Menyelia pekerja-pekerja lain.

Contoh Pekerjaan Yang Dikelas Di Sini:

Jurugegas Elektrik

Juruelektrik Lif/Peralatan Yang Berkaitan

Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kesihatan yang baik

Tidak cacat anggota, mempunyai penglihatan yang baik dan tidak rabun warna

Boleh bekerja di luar pejabat

Bekerja di stesyen janakuasa besar atau kecil

Boleh bekerja dengan teliti dan sentiasa mempastikan tidak ada sebarang kerosakan berlaku

Mampu mengambil langkah-langkah segera sekiranya berlaku sebarang kerosakan

Boleh bekerja dalam semua keadaan cuaca

Tidak gentar dan berani memanjat tempat-tempat tinggi

Perlu menjaga keselamatan diri sentiasa berwaspada semasa menjalankan tugas

Kelulusan

Sekurang-kurang SRP/PMR dan memiliki SIJIL PENJAGA ELEKTRIK dari Jemaah Bekalan Elektrik dan Gas

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 599.50
ETP RM 135.00
EKA RM 80.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 1500.00++ (Dibincangkan mengikut kelulusan dan pengalaman)

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya untuk bangunan-bangunan kerajaan. Di jabatan yang terdapat janakuasa elektrik kecil atau besar.

Di sektor swasta jawatan ini boleh diperolehi di kebanyakan sektor. Memandangkan kemajuan pesat dari segi keperluan tenaga elektrik dalam bidang ini semakin baik, seseorang yang berpengalaman dan cekap akan mudah dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi.

Kejuruteraan Kimia ( Jurutera Kimia )


Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi. Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat kelengkapan yang digunakan, kecekapan dan tahap pengeluarannya. Menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji dayagerak haba untuk mencipta proses-proses baru. Memperbaiki rekabentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran. Menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar bagi tujuan komersial. Mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia seperti asid, rayon, pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses dan alat kelengkapan untuk membuatnya. Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai, penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain alat kelengkapan untuk mempastikan bahan-bahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan proses-proses lain.

Keterangan Tugas

Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta membangunkan reka bentuk proses dan peralatan kimia secara komersil untuk menapis minyak mentah, cecair atau gas yang lain;

Mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan petroleum, letupan, produk makanan, minuman, ubat atau bahan sintetik;

Menentukan aspek yang berkaitan dengan pembinaan loji perkilangan kimia;

Menentukan kaedah, bahan dan piawaian kualiti pengeluaran serta memastikannya selaras dengan spesifikasi;

Menyediakan piawaian kawalan dan prosedur kawalan bagi memastikan keselamatan, perlindungan alam sekitar dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan;

Mengesan dan membaiki kerosakan;

Mengatur dan memberi nasihat berhubung dengan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan yang sedia ada;

Mengkaji dan memberi nasihat berkenaan aspek teknologi bahan, produk serta proses-proses berkaitan;

Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaitan;

Menyediakan laporan analisis dan lain-lain tugas yang berkaitan.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

Jurutera Kimia Petroleum Dan Gas

Jentera Kimia Cat Dan Varnis

Jurutera Kimia Baja

Jurutera Kimia Produk Farmaseutikal

Jurutera Kimia Makanan

Ahli Teknologi Plastik

Ahli Teknologi Getah, Dll

Ciri-Ciri Peribadi

Kebolehan akademik

Berkecenderungan dan berminat dalam bidang sains dan kaedah saintifik

Berfikir secara lojik, tepat dalam kerja dan membuat keputusan

Berminat membuat uji kaji di makmal

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Kebolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian, Dll.

Kelulusan

Ijazah Kejuruteraan Kimia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1591.70
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 2500.00 – RM 8000.00

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang berkaitan..

Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-

1.  Universiti Malaya
2.  Universiti Kebangsaan Malaysia
3.  Universiti Sains Malaysia
4.  Universiti Teknologi Malaysia
5.  Universiti Putra Malaysia

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Antaranya :-

1.  Universiti Tenaga Nasional
2.  Universiti Teknologi Petronas
3.  Inti College Malaysia
4.  Kolej Linton
5.  L & G Twintech Institute Of Technology

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Pembantu Kejuruteraan Kimia ( Pembantu Teknik )


Pembantu Kejuruteraan Kimia menjalankan tugas-tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan Jurutera Kimia yang menyumbang kepada pembangunan proses dan rekabentuk perindustrian kimia, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.

Keterangan Tugas

Membantu dalam penyelidikan bagi mencipta proses dan loji pembuatan yang baru;

Memperbaiki atau mencipta proses baru untuk mengeluarkan bahan-bahan secara kimia atau fizik pada tahap skel komersil;

Membantu dengan penyeliaan teknik pembinaan, pemasangan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji;

Menggunakan pengetahuan teori dan praktik kejuruteraan kimia bagi mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berbangkit semasa menjalankan kerja;

Memeriksa dan menguji kerja yang telah siap bagi memastikan kepatuhan kepada spesifikasi dan piawaian keselamatan;

Boleh menggunakan topi keledar, sarung tangan, kasut keselamatan serta pakaian seragam.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Di Bidang Ini Antaranya:

Pembantu Kejuruteraan Kimia Petroleum

Pembantu Kejuruteraan Kimia Gas Asli, Dll.

Ciri-Ciri Peribadi

Kebolehan akademik;

Berkecenderungan dan berminat dalam penggunaan praktik ilmu kimia, fizik dan matematik;

Boleh berfikir secara lojik, tepat dalam kerja dan membuat keputusan;

Berminat menbuat uji kaji dimakmal;

Boleh menyelesaikan masalah;

Boleh bekerja berpasukan;

Minda yang kreatif. Dll

Kelulusan

Diploma Kejuruteraan Kimia atau petroleum atau setaraf dengannya.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1113.20
ETP RM 135.00
EKA RM 115.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 1500.00 – 2500.00

Prospek Kerjaya

Disektor awam peluang adalah baik. Mempunyai peluang untuk dinaikkan pangkat ke jawatan penyelia pengeluaran atau penyelengaraan. Berpeluang dinaikkan pangkat ke jawatan tingkatan kanan, khas dan seterusnya ke jawatan tertinggi mengikut skim perkhidmatan. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS tempatan ke peringkat ijazah secara sepenuh masa, sambilan, pengajian luar kampus dan pengajian jarak jauh. Jawatan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dll.

Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di kilang-kilang memproses bahan-bahan mentah kepada barang-barang seperti baja, barang-barang farmasi, cat, plastik, petroleum, serbuk pencuci, bahan kimia industri dan lain-lain

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Kolej Universiti Terengganu

Universiti Teknologi Mara

Perancangan Kerjaya Sebagai Pembantu Jurutera Kimia

JURUTEKNIK RENDAH(PMR)) ——� JURUTEKNIK(SPM/SPMV/ SIJIL POLITEKNIK ——� PEM. JURUTEKNIK(DIPLOMA)
Juruteknik Kejuruteraan Kimia


Juruteknik kejuruteraan kimia menjalankan tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera kimia yang menyumbang kepada proses, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia

Tugas-tugas termasuk

Membantu dalam penyelidikan untuk membangunkan proses dan loji pembuatan yang baru atau yang lebih baik bagi tranformasi bahan secara kimia atau fizik pada sekala komersil

Mereka bentuk dan menyediakan susun atur loji kimia mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan bagi pembuatan dan pemasangan loji

Memberi khidmat penyeliaan teknik bagi pembinaan, pemasangan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan

Mengemukakan pengetahuan teknik berhubung dengan prinsip dan amalan kejuruteraan kimia supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja

Menjalankan tugas-tugas berkaitan

Menyelia pekerja-pekerja lain

Contoh Pekerjaan Yang Dikelas Di Sini:

Juruteknik Kejuruteraan Petroleum

Juruteknik Kejuruteraan Gas Asli

Juruanalisa Teras (Petroleum/Gas)

Pengaggar

Pembantu Makmal

Ciri-Ciri Peribadi

Kebolehan akademik

Berkecenderungan dan berminat dalam bidang sains dan kaedah saintifik

Berfikir secara lojik, tepat dalam kerja dan membuat keputusan

Berminat membuat uji kaji di makmal

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Kebolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian, Dll

Kelulusan

Lulus SPM/SPMV dengan kepujian Bahasa Malaysia serta kepujian dalam Matematik, Kimia atau mata pelajaran sains

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 599.50
ETP RM 135.00
EKA RM 80.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 800.00 – RM 2000.00
(Dibincangkan mengikut kelulusan dan pengalaman)

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Alam Sekitar serta jabatan – jabatan lain yang berkaitan.

Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi. Bagi yang berminat untuk menyambung pelajaran mereka boleh berbuat demikian samada belajar sepenuh masa, atau sambilan dan pengajian jarak jauh di IPTA/IPTS tempatan. Setelah memiliki kelulusan tersebut mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi.

Di sektor swasta jawatan ini boleh diperolehi diindustri petroleum, carigali minyak serta syarikat-syarikat pembuatan yang berasaskan bahan mentah seperti minyak kelapa sawit dan lain-lain yang melibatkan kerja-kerja penyelidikan dimakmal.

Kejuruteraan Elektronik ( Jurutera Elektronik)


Jurutera elektronik menjalankan penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan dan kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan menyelenggarakan barangan, sistem dan komponen elektronik. Merekabentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan hiburan,dll.

Keterangan Tugas

Memberi nasihat dan merekabentuk, membina pelbagai peralatan elektronik dari papan suis hingga kepada perkakas elektronik yang lebih rumit termasuk barangan pengguna seperti komputer persendirian, set televisyen serta komponen barangan elektronik pengguna yang lain;      Membuat penyelidikan serta merekabentuk proses-proses yang diperlukan untuk pembuatan barangan;

Mengurusselia dan menyelaras kerja-kerja para teknik dalam rekabentuk produk atau pengeluaran;

Merekabentuk dengan menggunakan hasil penyelidikan mereka untuk menghasilkan model produk yang akan dibangunkan dan mengubahsuainya mengikut keperluan pasaran,

Memberi nasihat dan membuat kerja-kerja kawalan mutu, memeriksa dan menguji serta memasang sistem elektronik juga memastikan hasil pengeluarannya bermutu tinggi mengikut standard serta memenuhi spesifikasi dan piawaian keselamatan yang ketat;

Memberi nasihat dan serta mengkaji cadangan rekabentuk, mendraf laporan dan mengemukakan syor tentang rekabentuk, pembangunan dan pembuatan produk dan system yang boleh dipasarkan;

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian

Jurutera Kuasa Nukleur

Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan

Jurutera Kenderaan /Otomotif

Jurutera Mekanik/Aeronautik

Jurutera Marin Dll

Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

Minat dalam keusahawanan

Ketepatan dalam kerja

Kecenderungan kepada bidang mekanik

Minat dalam proses-proses mekanik

Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

Kebolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian, Dll.

Kelulusan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1591.70
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 2500.00 – RM 8000.00

Prospek Kerjaya

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Telekom dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.

Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi lain atau lain-lain badan berkanun.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

1.  Universiti Malaya
2.  Universiti Kebangsaan Malaysia
3.  Universiti Teknologi Malaysia
4.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5.  Universiti Teknologi Mara
6.  Universiti Sains Malaysia
7.  Universiti Putra Malaysia
8.  Universiti Malaysia Sarawak
9.  Institut Teknologi Tun Hussein Onn

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

1.  Universiti Tenaga Nasional
2.  Universiti Teknologi Petronas
3.  Kolej Ikram
4.  Inti College Malaysia
5.  Kolej Linton
6.  L & G Twintech Institute Of Technology

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Jurutera Kawalan Kualiti


Menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat, atau membangunkan kecekapan pengeluaran perindustrian dan kajian masa dan gerakan, kajiukur kuantiti serta mengkaji dan memberi nasihat mengenai aspek teknologi berhubung dengan bahan, produk dan proses pembuatan yang tertentu. Memeriksa dan menguji bahan-bahan mentah dan barang-barang siap dalam kilang bertepatan dengan piawaian yang telah ditentukan. Menjalankan ujian fizikal bahan-bahan yang berpadan dengan spesifikasi yang telah ditetapkan. Memeriksa barang-barang siap dan separuh siap mengikut kaedah-kaedah kawalan kualiti dalam ujian beban, kelenturan, daya tahan, kekerasan dan lain-lain ujian yang tertakluk kepada nilai komponen atau kepentingan barang.

Keterangan Tugas

Menyelia dan mengawal pengeluaran untuk mengekalkan peratus penolakan yang minima;

Menyimpan rekod kerja dengan menunjukkan jenis barang yang diperiksa, peratus penolakan dengan alasan yang kukuh;

Mengesahkan barang-barang berpadanan dengan piawaian yang ditentukan;

Menjalankan kaedah-kaedah kawalan kualiti dalam ujian beban, kelenturan, daya tahan, kekerasan dan lain-lain ujian mengikut kepentingan barang-barang.

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya:

Jurutera Kawalan Mutu

Jurutera Pengeluaran

Jurutera Kimia

Jurutera Proses

Ahli Kimia

Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademik

Cenderung dan berminat dalam kerja kajian sains

Mahir berbahasa Inggeris

Tegas, dedikasi dan bertanggunjawab terhadap kerja

Boleh memberi arahan dan cadangan yang berkesan

Boleh bercampur gaul dengan luar

Kelulusan

Ijazah dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan. Seperti Kejuruteraan Mekanikal/Kimia/Awam/Elektrikal/Elektronik/Industri/Pengeluaran/Pengeluaran/Pembuatan dll.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1591.70
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 1850.00 – RM 4500.00

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan bagi jawatan ini amat baik. Disektor awam jawatan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, SIRIM dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Berpeluang dinaikkan pangkat ke tingkatan kanan dan seterusnya ke gred-gred tingakatan tertinggi.

Disektor swasta jawatan ini banyak terdapat di kilang-kilang pembuatan, sektor pembinaan, firma-firma juruperunding. Berpeluang kenaikkan pangkat kejawatan jurutera kanan, Pengurus Pengeluaran, Pengurus Kawalan Mutu, Pengurus Loji sehingga ke Pengarah Urusan.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

Universiti Malaya

Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Mara

Universiti Sains Malaysia

Universiti Malaysia Sarawak

Universiti Malaysia Sabah

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Institut Teknologi Tun Hussein Onn

Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

Universiti Tenaga Nasional

Adorna Institute Of Technology

Institut Teknologi Pertama

Inti College

Kolej Ikram

L&G-Twintech Institute Of Technology

Sepang Institute Of Technology . Dll

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Matematik Tambahan atau STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik dan mata pelajaran berkaitan.

Maklumat Kerjaya:
Kerjaya Di Bidang I.T.(Information Technology)

Kerjaya Di Bidang I.T.(Information Technology)
  1. Pakar Grafik Berkomputer
  2. Juruanalisis Sistem Komputer
  3. Pengatur Cara Komputer
  4. Operator Mesin Prosesan Data (OMPD)
  5. Juruteknik CAD/CAM
  6. Juruteknik Sokongan Komputer
Pakar Grafik Berkomputer

Keterangan Tugas

Mereka bentuk spesifikasi untuk pembangunan dan penukaran kelengkapan grafik samada dari segi perisian atau perkakasan mengikut kehendak pengguna.

Mengkod, menguji dan menilai perisian grafik.

Menyediakan buku panduan teknikal.

Memeriksa perkakasan grafik dipasang dengan betul dan menjalankan pelbagai ujian.

Mengadakan demonstrasi kepada pengguna serta memberi nasihat berkaitan masalah teknikal.

Menganalisa dan menyelesai masalah pengendalian perisian dan perkakasan grafik.

Menyediakan anggaran kos bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Di bidang Ini Di antara:

Pengatur Program, Multimedia

Pengatur Program, Analisis

Pereka Bentuk, WEB

Pemaju Perisian

Ciri-Ciri Peribadi

Minat dalam pengkomputeran

Kreatif dan berimaginasi

Minat mata pelajaran Sains, Matematik, Perniagaan

Sukakan suasana dan pekerjaan artistik

Sensitif kepada persekitaran

Boleh berfikir dengan logik, berinteraksi dengan orang lain.

Sistematik, analitik dan boleh menyelesaikan masalah.      Mudah menyesuaikan diri

Cekap

Cergas

Lembut

Kelulusan

Diploma Sains Komputer

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,109.90
ETP RM 135.00
EKA RM 115.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 1,300.00 – 3,000.00

Prospek Kerjaya

Terdapat peluang dalam sektor kerajaan, komersil, perusahaan dan perniagaan, jualan, bekerja sendiri dan lapangan pakar runding.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Termasuk:

Universiti Teknologi Mara

Universiti Teknologi Malaysia

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Termasuk:

Kolej Disted-Stamford

Kolej IKRAM

L&G-Twintech Institute of Technology

Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL)

Systematic Education Group Berhad

Kolej Teknologi Praktikal

Syarat Kemasukan

SPM atau SPMV atau setaraf dengannya.

Juruanalisis Sistem Komputer


Keterangan Tugas

Mengumpul dan menganalisa fakta tentang operasi, prosedur dan sistem untuk memindahnya kepada bentuk program yang sesuai bagi peralatan prosesan data.

Mengkaji melalui pemerhatian dan membincang dengan semua pihak pekerja untuk menentukan keperluannya mengikut objektif organisasi.

Mencadangkan penggunaan komputer untuk meningkatkan kecekapan produktiviti dan keuntungan organisasi.

Menyediakan spesifikasi program untuk tindakan Pengatur Cara Komputer.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini:

Juruanalisis, Sistem Komputer

Juruanalisis, MIS

Pereka Bentuk, WEB

Juruanalisis, Komunikasi/Komputer

Juruanalisis, Pangkalan Data/Komputer

Pemaju Perisian

Juruanalisis, PDE

Ciri-Ciri Peribadi

Berminat kepada suasana dan pekerjaan konvensional

Sukakan kepada tugas-tugas yang terancang terlebih dahulu

Bekerja ikut sistem

Boleh berfikir dengan logik, berinteraksi dengan orang lain.

Kemahiran berkomunikasi, bertutur dan menulis.

Sistematik, analitik dan boleh menyelesaikan masalah.

Suka ikut perintah

Berterus terang

Materialistik

Praktikal

Jujur

Bersungguh-sungguh dan teliti

Kelulusan

Ijazah Sains Komputer

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,442.10
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 2,639.00 – 6,123.00

Prospek Kerjaya

Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, termasuk kejuruteraan diikuti dengan organisasi komersil seperti syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam. Juga berpeluang dalam jualan, bekerja sendiri dan lapangan pakar runding.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Termasuk:

Universiti Malaya

Universiti Sains Malaysia

Universiti Putra Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Malaysia Sabah

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Termasuk:

Asia Pacific Institute of Information Technology

Kolej INTI

Kolej Bandar Utama

L&G-Twintech Institute of Technology

Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan STPM atau setaraf sekurang-kurang Gred E dalam Kertas Am, dan 2 kelulusan Gred E atau 1 kelulusan Gred E dan 2 kelulusan Gred R.

Pengatur Cara Komputer


Keterangan Tugas

Mengkaji tujuan sesuatu rancangan, pengeluaran yang diperlukan, sumber dan jenis data kemasukan, membuat semakan dalaman dan kawalan yang diperlukan.

Menyediakan carta dan rajah pengaliran kerja serta menyusun langkah untuk penyediaan data dalam operasi pemprosesan komputer.

Menukar carta dan rajah pengaliran kerja menjadi program komputer .

Mengadakan percubaan dengan data sampel untuk menguji program komputer.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Pengatur Program, Komputer

Pengatur Program, Komunikasi

Pengatur Progran, Pangkalan Data

Pengatur Program, Sistem

Pengatur Progran, Analisis

Pengatur Program, Multimedia

Ciri-Ciri Peribadi

Berminat kepada suasana dan pekerjaan konvensional

Sukakan kepada tugas-tugas yang terancang terlebih dahulu

Bekerja ikut sistem

Boleh berfikir dengan logik, berinteraksi dengan orang lain.

Kemahiran berkommunikasi, bertutur dan menulis.

Sistematik, analitik dan boleh menyelesaikan masalah.

Menyesuaikan diri-mudah ikut

Cekap

Cergas

Praktikaldiri

Tidak Berkhayal

Kelulusan

Diploma Sains Komputer

Gaji Dan Faedah-Faeadah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,109.90
ETP RM 135.00
EKA RM 115.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan 1,419.00 – 3,202.00

Prospek Kerjaya

Meningkatkan diri ke jawatan Perancang Sistem/Juruanalisa Sistem dan Pengurus Bahagian Komputer. Terdapat peluang pekerjaan di syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Termasuk:

Universiti Teknologi Mara

Universiti Teknologi Malaysia

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Termasuk:

Kolej Disted-Stamford

Kolej IKRAM

L&G-Twintech Institute of Technology

Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL)

Systematic Education Group Berhad

Kolej Teknologi Praktikal

Syarat Kemasukan

SPM atau SPMV atau setaraf sekurang-kurang 3 kepujian termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia,Matematik dan 1 mata pelajaran yang diiktirafkan oleh Institusi berkenaan.

Operator Mesin Prosesan Data (OMPD)


Keterangan Tugas

Memasukkan data daripada bahan sumber kepada penstoran dan pemprosesan yang serasi dengan komputer

Menyemak, membetulkan dan mengemaskinikan data yang dimasukkan, jika perlu

Memastikan bahan-bahan keperluan komputer seperti yang di arahkan

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Di antara:

Operator Kemasukan Data

Kerani, Kemasukan Data/Komputer

Kerani, Kemasukan Data/Mel Elektronik

Ciri-Ciri Peribadi

Minat kepada mata pelajaran Sains dan Matematik

Minat dalam pengkomputeran

Boleh berfikir dengan lojik

Ketepatan apabila mengendalikan butir-butir maklumat

Menyesuaikan diri – mudah ikut

Cekap

Kelulusan

SRP atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya serta kepujian dalam Bahasa Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 485.10
ETP RM 135.00
EKA RM 65.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 736.00 – 1,684.00

Prospek Kerjaya

Terdapat peluang dalam sektor kerajaan, komersial dan perusahaan.

Juruteknik CAD/CAM


Keterangan Tugas

Mengumpul data dan memberikan bantuan teknik berkenaan dengan kaedah perancangan dan pengeluaran, kaedah kerja dan turutan operasi dan penyeliaan pelaksanaannya

Mentaksir lukisan kerja daripada lakaran dan spesifikasi bagi pembuatan serta pemasangan jentera dan peralatan atau bagi pembinaan bangunan, empangan, jambatan, jalan raya dan projek kejuruteraan awam yang lain untuk dilakukan oleh pelukis pelan

Memasang, membaiki dan menyenggara sistem “Computer-Aided Design”(CAD) dan “Computer-Aided Manufacturing”(CAM).

Menjalankan ujian diagnostik untuk memastikan bahawa sistem tersebut menepati spesifikasi pelanggan.

Mengadakan demonstrasi sistem CAD/CAM yang sedia ada.

Menyimpan rekod penyelenggaraan dan pembaikan dengan baik.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Di antara :

Juruteknik Automasi/Robot

Juruteknik, Mekatronik

Juruteknik, Ukur Bahan

Juruteknik, Kejuruteraan/Kecekapan Penindustrian

Juruteknik, Kejuruteraan/Nilai

Juruteknik, Kejuruteraan/Keselamatan

Pereka Bentuk, Kejuruteraan

Ciri-Ciri Peribadi

Boleh berfikir dengan logik

Analitik dan boleh menyelesaikan masalah.

Berfikiran terbuka dan sifat suka merekacipta

Berminat kepada suasana dan pekerjaan konvensional

Sukakan kepada tugas-tugas yang terancang terlebih dahulu

Bekerja ikut sistem

Sistematik, analitik dan boleh menyelesaikan masalah.

Bersungguh-sungguh dan teliti

Cekap

Patuh

Cergas

Praktikaldiri

Tidak berkhayal

Kelulusan

Sijil Kemahiran Malaysia (MLVK) dan Sijil Pelajaran Malaysia

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 587.40
ETP RM 135.00
EKA RM 80.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan mengikut kelulusan dan pengalaman

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan dalam bidang ini cukup `luas kerana ianya merupakan tulang belakang sektor perindustrian negara. Lulusan bidang ini berpeluang bekerja di pelbagai industri kejuruteraan.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menydiakan Kursus Termasuk:

Industri Latihan Perindustrian (Pemesinan CNC)

Institusi-Intitusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Termasuk:

Kolej IKRAM

German-Malaysian Institute (GMI)

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM – kepujian termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik

Juruteknik Sokongan Komputer


Keterangan Tugas

Menentukan keperluan perisian dan perkakasan untuk menyediakan penyelesaian kepada masalah komputer

Menyesuaikan program yang sedia ada untuk memenuhi keperluan pengguna

Menjawab pertanyaan mengenai masalah perisian dan perkakasan

Menjalankan pemasangan perisian dan perkakasan

Mengawasi perkhidmatan teknologi maklumat dan melaksanakan kerja-kerja penyelesaian masalah

Memberikan sokongan teknik kepada pengguna

Memastikan penggunaan dan peralatan digunakan dengan cekap

Pekerjaan Yang Dikelaskan Di bidang Ini Di antara

Juruteknik, Kejuruteraan/Eletronik

Juruteknik Kejuruteraan/Telekomunikasi

Juruteknik, Semikonduktor

Juruteknik, Peralatan Audio Dan Video

Penganggar, Kejuruteraan/Eletronik

Ciri-Ciri Peribadi

Boleh berfikir dengan logik

Suka berinteraksi dengan orang lain

Sabar dan cekal

Minat dalam pengkomputeran

Kemahiran logik dan matematik

Analitik dan boleh menyelesaikan masalah.

Minat dalam pengkomputeran

Menyesuaikan diri-mudah ikut

Cekap

Cergas

Kelulusan

Sijil Sains Komputer

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 587.40
ETP RM 135.00
EKA RM 80.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan mengikut kelulusan dan pengalaman

Prospek Kerjaya

Terdapat peluang dalam sektor kerajaan, komersil, perusahaan dan perniagaan, jualan dan peluang bekerja sendiri.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Termasuk :

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Termasuk:

Kolej Tunku Abdul Rahman

Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL)

Syarat Kemasukan

SPM atau SPMV atau setarafnya.

Kerjaya Di bidang Perguruan

Kerjaya Di bidang Perguruan

Keterangan Kerja

Profesional perguruan menjalankan tugas bagi membentuk perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, emosi dan rohani atau pun mengajar teori dan amali satu disiplin atau lebih pada peringkat pendidikan yang berlainan, menjalankan penyelidikan dan mempertingkatkan atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin tertentu serta menyediakan kertas-kertas dan buku ilmiah.

Pekerjaan Yang Tergolong Atau Di kelaskan Dalam Bidang Perguruan Seperti Berikut :-

Professional perguruan universiti, politeknik dan pendidikan tinggi,

Profesional perguruan prauniversiti dan pendidikan menengah,

Profesional perguruan pendidikan khas,

Profesional perguruan yang tidak dikelaskan dimana-mana.

Keterangan Tugas Perguruan

Mereka bentuk dan mengubah suai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan,

Memberi kuliah dan mengadakan tutorial, seminar dan seksi makmal,

Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dikalangan pelajar,

Menyelia kerja uji kaji dan amali yang di jalankan oleh pelajar jika perlu,

Mentadbir, menilai dan memeriksa tugasan dan kertas peperiksaan,

Mengarah penyelidikan yang dibuat oleh pelajar selepas ijazah atau kakitangan lain jabatan berkenaan,

Menyelidik dan membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi bagi kegunaan dalam lapangan perindustrian dan lain-lain,

Menyedia buku , kertas atau artikel ilmiah,

Menghadiri seminar dan persidangan,

Membantu dalam aktiviti kokurikulam,

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan,

Menyelia pekerja lain.
Ciri-Ciri Peribadi Sebagai Profesional Perguruan

Sikap sabar dan kebolehan berjenaka,

Harus sentiasa peka dari segi fizikal dan mental,

Memerlukan kepakaran akademik yang baik dan berkeupayaan menyampai, pengentahuan dengan jelas, berkesan dengan mengguna kaedah yang menarik,

Bersedia menjalin perhubungan yang baik dengan pelajar dan bersedia memikul tanggungjawab yang berat,

Berkebolehan mengawal dan memahami pelajar,

Menepati masa,

Sebagai kaunselor,

Menjadi lambang moral serta kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.
Kelulusan Yang Diperlukan

Diploma perguruan lepasan Maktab Perguruan dan Universiti.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan (berijazah) – RM1281.00- RM 3494.70

(bukan ijazah) – RM 717.20- RM 2123.00

ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan bergantung kepada permintaan semasa .

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan bagi guru adalah baik, dimana guru berkelulusan Maktab yang berpengalaman berpeluang di naik pangkat kejawatan Guru Besar, Penolong Kanan Sekolah, Pengelola Sekolah-Sekolah atau Pegawai Pelajar. Selain daripada itu guru juga berpeluang meningkat kerjayanya melalui :-

1.  Melanjutkan pelajaran ke Universiti dan memohon dilantik sebagai guru siswazah,

2.  Menghadiri kursus tambahan 1 tahun di maktab perguruan dalam bidang khas selepas 5 tahun mengajar,

3.  Mengadiri kursus yang berkaitan di dalam atau luar negeri.

Bagi guru iswazah pula peluang dinaikan pangkat ke tingkatan kanan dan seterusnya ke gred tingkatan tertinggi. Mereka juga boleh menyertai kursus ijazah lanjutan seperti sarjana, dan doktor falsafah dalam bidang pendidikan. Dengan kelulusan tambahan mereka boleh menjadi pensyarah di Maktab perguruan atau kenaikan pangkat seperti pengetua sekolah, maktab dan pengarah pelajaran. Sekiranya anda mempunyai kelulusan dan kualiti peribadi yang di perlukan anda patut mencuba kerjaya yang mulia ini.

Institut Pengajian Tinggi/Maktab Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

Universiti Teknologi Mara (guru seni lukis),

Universiti Malaya,

Universiti Sains Malaysia,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

Universiti Putra Malaysia ,

30 buah Maktab Perguruan di seluruh Malaysia.

Syarat Kemasukan

Maktab Perguruan / Universiti Teknologi Mara – SPM/MCE/SPVM atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Memiliki kepujian Bahasa Malaysia atau kelulusan yang setaraf, mempunyai 3 kepujian dalam satu peperiksaan dan kepujian mata pelajaran kursus yang dipohon dan umur tidak melebihi 27 tahun.

Universiti – Mempunyai pelajaran asas SPM/MCE, lulus STPM dengan 2 mata pelajaran di peringkat prinsipal dan lulus kertas am atau Ijazah Sarjana Muda.

Pencipta Muzik

Pencipta Muzik

Keterangan Tugas

Mencipta Muzik

Mencantum gubahan muzik

Menterjemah gubah muzik mengikut melodi dan harmoni

Menulis nota asal muzik dalam berbagai cara dan menciptanya untuk permainan scara solo atau berkumpulan

Menulis senikata untuk muzik

Ciri-Ciri Peribadi

Sukakan suasana dan pekerjaan artistik

Melepaskan perasaan atau penyelesaian masalah dengan cara melahirkan menerusi ciptaan atau karya

Mempunyai kebolehan di dalam kesenian dan muzik

Sensitif kepada persekitaran

Kelulusan

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Muzik

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,288.00
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan Gaji mengikut pasaran semasa

Peluang Pekerjaan Dan Prospek

Peluang bekerja disektor awam terdapat di Kementerian Penerangan. Manakala di sektor swasta pula ialah di syarikat piring hitam dan di stesyen TV. Seseorang yang mempunyai pengalaman dan kemahiran boleh diberi gaji yang lumayan.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

1.  Universiti Teknologi MARA
2.  Universiti Malaya
3.  Universiti Sains Malaysia
4.  Universiti Putra Malaysia
5.  Universiti Malaysia Sabah

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Sedaya College

Syarat Kemasukan 5 Kepujian dalam matapelajaran di peringkat SPM atau Gred 5 “Associated Board of the Royal Schools of Music” atau lulus 2 matapelajaran di peringkat SPM.

Kerjaya Dibidang Perakaunan

Akauntan


Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

Keterangan Tugas

Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;

Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;

Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;

Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Akauntan

Juruaudit

Akauntan, Kos

Akauntan, Cukai

Bendahari

Setiausaha Syarikat

Juru Perunding

Penolong Akauntan

Kerani Akaun

Ciri-Ciri Peribadi

Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.

Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.

Kelulusan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)

Association of Certified Accountants (U.K)

Institute of Cost and Management Accountants (U.K)

The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)

The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)

The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)

Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)

Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan)

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,577.40
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 1,900.00 – RM 6,400.00

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Antaranya:-

1.  Universiti Malaya
2.  Universiti Teknologi Malaysia
3.  Universiti Teknologi MARA
4.  Universiti Sains Malaysia
5.  Universiti Putra Malaysia
6.  Universiti Malaysia Sarawak
7.  Universiti Malaysia Sabah
8.  Universiti Islam Antarabangsa
9.  Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10. Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut

1.  Universiti Tenaga Nasional
2.  Adorna Institute Of Technology
3.  Brickfields College & Country Heights Education Sdn. Bhd.
4.  Institut Teknologi Pertama
5.  Inti College
6.  Kolej IKRAM
7.  L&G – Twintech Institute Of Technology
8.  Sepang Institute Of Technology

Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Penolong Akauntan


Keterangan Tugas

Menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa yang bimbingan akauntan.

Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan yang lain.

Menyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu.

Menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej perisian komputer yang standard.

Memberi bantuan dalam penyediaan unjuran aliran tunai dan belanjawan.

Menyediakan hasil perakaunan dan hasil lain bagi penyampaian dalam bentuk graf atau jadual.

Menggunakan pengetahuan mengenai prinsip perakaunan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas.

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Menyelia pekerja-pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Di antaranya:      Penolong Akauntan

Ciri-Ciri Peribadi

Sama seperti Akauntan

Kelulusan

Diploma dalam bidang Pengajian Perdagangan, Pengajian Bank, Pengajian Perakaunan atau kelayakan yang setaraf

Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1059.30
ETP RM 135.00
EKA RM 115.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 1270.00 – RM 1620.00

Prospek Kerjaya

Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan

Di Sektor Swasta Pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

Universiti Teknologi MARA

Politeknik Dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Kolej Tunku Abdul Rahman.

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Adorna Institute Of Technology

Institut Sarjana

Sepang Institut Of Technology

Systematic Education Group Bhd

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain.

Kerani Akaun


Keterangan Tugas

Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kita

Membuat pengiraan yang sewajarnya

Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad

Mengira kos pengeluaran dan pengendalian

Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun.

Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.

Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti sahan yang perlu dibayar.

Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan.

Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan.

Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab pertanyaan mengenai cukai.

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Di bidang Ini Diantaranya:-

Penyimpan Kira-Kira

Kerani ,Akaun

Kerani ,Bank

Kerani, Audit

Kerani, Kredit

Kerani, Gaji

Kerani Kos

Kerani, Bil

Ciri-Ciri Peribadi

Menyesuaikan diri dengan mudah

Bersungguh-sungguh dan teliti

Suka mempertahankan diri

Cekap

Petah

Sopan

Praktikal

Tekun

Tenang

Tidak berkhayal

Kelulusan

SPM atau setaraf, kepujian Bahasa Malaysia dan Matematik

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 583.00
ETP RM 135.00
EKA RM 80.00
Sektor Swasta : Pembuatan RM 765.00 – RM 1,618.00
Bukan Pembuatan RM 651.00 – RM 1470.00

Kerjaya Di Bidang Senibina

Kerjaya Di Bidang Senibina

Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertanggungjawab di dalam mereka bentuk bangunan, susunan kawasan Bandar dan luar Bandar, merancang kemudahan asas dan menganggar kos projek.

Keterangan Tugas

Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan;

Menyedia pelan atur dan menentukan cirri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan;

Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik;

Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk mematuhi undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT;

Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan;

Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya;

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

arkitek perancang bandar

arkitek landskap

arkitek jurukur bahan

arkitek kapal

arkitek marin

arkitek bangunan

Ciri-Ciri Peribadi

Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengaturan;

Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan kesenian;

Kebolehan menyelesaikan masalah;

Kreatif dan imaginatif;

Boleh menganalisa secara logik;

Mempunyai daya pemerhatian yang tajam.

Kelulusan

Ijazah Sarjana Muda Senibina

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,591.00
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 3,280.00 – RM 4,000.00

Peluang Pekerjaan Dan Prospek

Semua arkitek yang sedang berkhidmat masih berdaftar dengan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM). Peluang pekerjaan terdapat di sektor awam dan swasta. Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Bandaraya, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi.

Di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di firma-firma arkitek.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut -

Universiti Malaya

Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Mara

Universiti Pertanian Malaysia

Politeknik Ungku Omar

Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan

Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jitra

Politeknik Port Dickson

Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

L&G – Twintech Institute Of Technology

Lim Kok Wing Institute Of Creative Technology

Taylors College

Alif Creative Academy

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 3 atau 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau STPM sekurang-kurangnya gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Pembantu Teknik Senibina


Keterangan Tugas

Melawat dan menyiasat kesesuaian tapak binaan

Membantu menyediakan pelan lakar dan spesifikasi untuk kontraktor

Membantu menyedia pelan atur dan ciri-ciri senibina luar, memilih bahan dan menyediakan pelan hiasan.

Membantu tugas-tugas arkitek sebagaimana yang diarahkan

Ciri-Ciri Peribadi

Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengakuan

Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan keseniaan.

Kebolehan menyelesaikan masalah.

Kreatif dan imaginatif.

Boleh menganalisa secara logik

Mempunyai daya pemerhatian yang tajam

Kelulusan

Diploma dalam bidang senibina atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1113.00
ETP RM 135.00
EKA RM 115.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM1560.00 – RM2000.00

Peluang Pekerjaan Dan Prospek

Peluang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik Senibina terdapat di sektor awam dan swasta . Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Lain-lain lagi.

Di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di firma-firma arkitek

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus-Kursus Antaranya:-

Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi MARA

Politeknik Ungku Omar Ipoh

Politeknik Sultan Ahmad Shah Kuantan

Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jitra

Politeknik Port Dickson

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Antaranya:-

1.  L&G Twintech Institute Of Technology
2.  Federal Institute Of Technology
3.  Taylor’s College
4.  Alif Creative Academy
5.  Institut Teknologi Jaya
6.  Institut Teknologi Pertama

Syarat Kemasukan

SPM atau yang setaraf dan sekurang-kurangnya mendapat 3 hingga 5 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Penyelia Kerja


Penyeliaan kerja adalah khusus kepada kerja-kerja penyeliaan di tapak pembinaan untuk memastikan hasil kerja-kerja dan bahan yang digunakan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Keterangan Tugas

Menerima arahan daripada arkitek atau jurutera mengenai program kerja

Memastikan kerja-kerja mengikut spesifikasi

Mengukur jarak untuk menentukan dimensi pemasangan struktur dan susunan adalah betul.

Menentukan tahap-tahap yang ditentukan, kelulusan dan ketinggian pemasangan depan menggunakan pita dan peralatan

Menyimpan rekod kuantiti bahan-bahan yang diterima atau yang digunakan pada tempoh yang ditetapkan.

Menyelenggara log aktiviti pembinaan dan pemeriksaan dan membandingkan laporan-laporan kemajuan.

Ciri-Ciri Peribadi

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

Ketepatan dalam kerja

Kecenderungan kepada bidang mekanik

Berkemahiran berkomunikasi dan menjalankan hubungan perseorangan yang baik.

Kebolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian

Kelulusan

Memiliki Sijil SPM serta dengan Sijil Bangunan atau Sijil Kejuruteraan Awam

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 599.00
ETP RM 90.00
EKA RM 80.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM1630 – RM2327

Institusi Pengajian Awam Yang Menyediakan Kursus:-

1.  Kolej Tunku Abdul Rahman
2.  Politeknik Ungku Omar
3.  Politeknik Sultan Ahmad Shah
4.  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
5.  Politeknik Kota Bharu
6.  Politeknik Kuching
7.  Politeknik Kota Kinabalu
8.  Politeknik Melaka

Institut Pengajian Swasta Yang Menyediakan Kursus:-

Kolej Ikram

Syarat Kemasukan

Memiliki sekurang-kurangnya 4 kredit di peringkat SPM.

Kerjaya dibidang Juru Ukur

Kerjaya dibidang Juru Ukur

Keterangan Kerja

Pekerjaan Juru Ukur merangkumi pelbagai kemahiran dan teknik yang kadangkalanya bertindih dengan menggunakan sumber tanah dan laut yang semula jadi atau yang di bina oleh manusia serta menyediakan atau menyemak peta dan carta atau pelan dalam bentuk digital ,grafik dan bergambar . Oleh itu mereka menggabung pelbagai kemahiran dengan cara yang berbeza untuk berkhidmat dalam pengkhususan tersebut yang dibantu oleh juru teknik ukur dan pembantu lain dalam kumpulan ukur.

Pekerjaan Yang Tergolong Atau Dikelaskan Dalam Bidang Ukur Adalah Seperti Berikut :

  • Juru Ukur Am
  • Ahli Kartografi
  • Juru Ukur Tanah
  • Juru Ukur Lombong
  • Juru Ukur Hidrografi
  • Juru Ukur Udara
  • Ahli Fotogrametrik
  • Juru Ukur Binaan
  • Juru Ukur Tani
  • Juru Ukur Bahan
Juru Ukur Tanah


Keterangan Tugas

Mengkaji ukur, mengukur dan mengambarkan permukaan bumi untuk berbagai tujuan termasuk pemetaan, kerja pembinaan atau kewujudan sempadan harta tanah,

Mengkaji ukur lombong, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk tujuan mengawal arah dan takat perlombongan,

Mengkaji ukur dasar lautan, sungai dan tasik, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk digunakan khususnya dalam menentukan pengemudian air dan saluran serta merancang pembinaan struktur marin,

Merancang dan menjalankan kaji ukur fotografi dari udara,

Menganalisis gambar foto yang diambil dari udara dan gambar foto lain, imejan satelit dan data kaji ukur bagi menyediakan dan menyemak peta dan carta topografi, peta utiliti dan peta tematik yang lain,

Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknik , estetik dan ekonomi bagi pengeluaran peta,

Menyelia penyediaan pelan, peta , carta dan lukisan untuk dijadikan persembahan bergambar serta menguruskan sistem maklumat berautomatik,

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap sistem kaji ukur dan pengukuran fotogrametrik, system kadaster(pemegang tanah) dan tanah serta merundingkan perician dengan kerajaan tempatan dan pihak berkuasa lain,

Menyelia dan menyelaras kerja juruukur bersekutu,

Mengekal hubungan teknik dan perudingan dengan pakar lain yang berkaitan,

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Ciri-Ciri Peribadi Sebagai Seorang Juru Ukur

Fikiran lojik dan teratur,

Hasil kerja yang kemas dan tepat,

Berkemahiran menderaf,

Minat dalam sains, teknologi dan alam sekitar,

Keadaan fizikal yang baik untuk kerja luar yang kadangkalanya melibatkan bentuk muka bumi yang sukar,

Kecenderungan dalam penomboran,

Kemahiran berunding dan berkomunikasi,

Kebolehan menimbang kesan daripada perundangan dan alam sekitar.

Kelulusan Yang Diperlukan

Ijazah Serjana Muda dalam bidang ukur tanah.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,591.70 – RM 3,551.90
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 1,990 – RM 2,770

Prospek Kerjaya

Disektor awam mereka berpeluang meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan kejawatan utama yang terdapat disektor awam.

Sementara itu di sector swasta pula mereka berpeluang menjadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka firma perundingan di bidang yang berkenaan.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

Universiti Malaya

Politeknik

Universiti Teknologi Malaysia

Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang menyediakan Kursus Tersebut :-

L&G-Twintech Institute of Technology

Sunway College

Taylor’s College

Syarat Kemasukan

SPM/SPVM atau yang setaraf dengan lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan kepujian dalam matematik, fizik, dan sains tambahan(diploma) atau 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan Matematik serta STPM,A Level dan Diploma.

Pembantu Jurukur


Keterangan Kerja

Seseorang Pembantu Jurukur menjalankan tugas-tugas teknik di bawah arahan dan penyeliaan jurukur am dengan menyumbangkan kepada pengukuran dan penyeliaan laporan pengukuran . Mereka membantu dalam pengukuran tanah lapang dan tapak , mengatur dan membetulkan peralatan pengukuran dan mengambil dan merekod ukuran dan data-data lain . Mereka menjalankan pengiraan terperinci dan membantu dalam penyediaan laporan pengukuran . Dalam agensi kerajaan mereka boleh di gelar sebagai Pembantu Teknik Ukur atau Juruteknik Ukur atau Juruteknik Rendah Ukur atau mengikut jadual tugas yang di jalankan.

Ciri-Ciri Peribadi

Fikiran lojik dan teratur

Hasil kerja yang kemas dan teratur

Berkemahiran menderaf

Kemahiran berunding dan berkomunikasi

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : i. Pembantu Teknik Ukur RM 925.10 – RM 1288.10
ETP RM 135.00
EKA RM 80.00
ii.Juruteknik ukur RM 485.00 – RM 1,104.40
ETP RM 135.00
EKA RM 80.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 1,900.00 – RM 6,400.00

Kelulusan Yang Diperlukan

Di sektor swasta kelayakan yang di perlukan untuk jawatan ini adalah diploma dalam bidang ukur tanah dan seseorang yang memiliki sijil kejuruteraaan awam dari piliteknik serta mempunyai beberapa tahun pengelaman dalam bidang tersebut boleh juga di pertimbangkan untuk jawatan ini.

Di sektor awam bagi jawatan Pembantu Teknik Ukur kelayakan yang di perlukan adalah diploma ukur tanah, bagi jawatan Juruteknik Ukur kelayakan yang di perlukan adalah sijil dalam bidang ukur tanah dari politeknik yang di iktiraf (Politeknik Ungku Omar Ipoh dan Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan ) atau SPM/SPMV serta lulus Bahasa Malaysia , dan bagi jawatan Juruteknik Rendah kelayakan yang di perlukan ialah SRP@ PMR.

Latihan sambil kerja biasanya di aturkan oleh pihak majikan, institusi pengajian tinggi dan lain-lain institusi tempatan menawarkan kursus di peringkat diploma dan persijilan seperti berikut :-

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menawarkan Kursus :-

i .

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) :-
Kursus : Diploma Ukur Tanah .
Tempoh : 3 tahun
Kelulusan : Sekurang-kurangnya pangkat 2 dalam SPM aliran sains dan syarat-syarat lain termasuk kelulusan dalam mata pelajaran seperti yang dinyatakan dalam buku panduan universiti tersebut.
Umur : Sekurang-kurangnya 17 tahun kecuali dari kelas ekspress.

ii.

Institut Teknologi Mara :-
Kursus : Diploma Kejuruteraan Ukur Tanah
Tempoh : 3 tahun
Kelulusan : Sekurang-kurangnya pangkat kedua dalam SPM aliran sains dan syarat-syarat lain termesuk kelulusan sijil politeknik dan kelulusan dalam mata pelajaran tertentu seperti yang dinyatakan dalam buku panduan intitusi tersebut.
Umur : 16 tahun keatas

iii.

Politeknik Ungku Omar :-
Kursus : Sijil KejuruteraanAawam Ukur Tanah
Tempoh : 27 bulan
Kelulusan : SPM/SPMV dan syarat-syarat lain termasuk kelulusan dalam mata pelajaran tertentu beraliran sains seperti yang dinyatakan dalam buku panduan institusi tersebut
Umur : 16 tahun ke atas

iv.

Politeknik Kuantan :-
Kursus : Sijil Kejuruteraan Awam Ukur Tanah
Tempoh : 27 bulan
Kelulusan : SPM/SPMV dan syarat-syarat lain termasuk kelulusan dalam mata pelajaran tertentu aliran sains seperti yang dinyatakan dalam buku panduan institusi tersebut
Umur : 16 tahun keatas

Keadaan Tempat Kerja

Sebagai pembantu jurukur biasanya bekerja di luar pejabat, walaupun sememangnya ruang ada di sediakan di pejabat kerajaan atau swasta berasaskan kerja ukuran. Oleh yang demikian, mereka adalah terdedah kepada keadaan cuaca dan alam sekitar. Mereka juga dikehendaki bermalam di luar pejabat semasa menjalankan tugas termasuk juga bermalam dalam khemah di dalam hutan. Alat kelengkapan termasuk khemah, kasut hutan, pakaian hujan, alat kelengkapan masakan dan sebagainya di sediakan oleh majikan.

Lain-Lain Syarat Memasuki Pekerjaan

Seorang pembantu jurukur mesti tahan lasak dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan diluar pejabat. Semangat bekerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Keselamatan rakan sejawat dan pekerja lain adalah penting. Kegemaran menjalankan kerja kejituan dan kebolehan menulis laporan dengan singkat, jelas dan menepati adalah sifat yang diingini.

Peluang Pekerjaan dan Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan dan prospek kerjaya adalah baik, disektor swasta mereka berpeluang dinaikkan pangkat ketua pembantu jurukur dan juga sehingga jawatan jurukur. Di sector awam, seseorang pembantu teknik ukur berpeluang di naikkan pangkat ke jawatan tingkatan kanan dan seterusnya ketingkatan tertinggi mengikut sektor dan organisasiperkhidmatan. Begitu juga dengan juruteknik dan juruteknik rendah berpeluang di naikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi mengikut skim perkhidmatan masing-masing.

Di mana Pekerjaan Terdapat

Pekerjaan ini terdapat di firma perundingan , penilaian dan harta tanah . Di sector awam pekerjaan ini terdapat terutama sekali di Kementerian Kemajuan Tanah dan Koperasi dan lain-lain lagi .

Kerjaya Di Bidang Perubatan

Doktor Perubatan


Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Keterangan Tugas

Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit;

Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;

Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis;

Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu;

Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan;

Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum;

Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain;

Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Doktor Perubatan

Pakar Bedah

Pakar Questetik

Pakar Psikiatri

Pakar Oftamologi

Pakar Kardiologi

Obstetrision Dan Pakar Ginakologi

Pakar Neurologi

Ahli Farmasi

Doktor Haiwan

Doktor Pergigian

Ciri-Ciri Peribadi

Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka;

Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah;

Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan;

Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis;

Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan;

Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal

Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya;

Berkemahiran berkomunikasi;

Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup; dan

Kemahiran dalam kebolehan pengurusan

Kelulusan

Ijazah dalam ilmu perubatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Elaun Kritikal RM 500.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,500.00

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.

Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

Selepas lulus MBBS mereka perlu menamatkan setahun Kursus Klinikal sebelum berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan.

Latihan dalam bidang perubatan boleh didapati dari Institut Pengajian Tinggi Sektor Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Sektor Swasta (IPTS).

Universiti Malaya

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Universiti Putra Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa

Universiti Malaysia Sarawak

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

Sedaya College,

International Medical University (IMU)

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf termasuk sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Biology, Physics, Chemistry, Matematik sekurang-kurangnya 2 Prinsipal B dalam Biology, Chemistry dan Physics dalam STPM atau setaraf.

Doktor Pergigian


Doktor Pergigian menggunakan pengetahuan sains perubatan untuk mengesan, mencegah dan merawat penyakit-penyakit pergigian, kecederaan dan kecacatan bentuk pada gigi, gusi dan struktur mulut yang berkaitan serta memprekripsikan ubat dan melakukan tindakan pencegahan.

Keterangan Tugas

Memeriksa gigi, gusi, rahang dan tisu mulut yang lain dengan menggunakan peralatan pergigian dan x-ray;

Membuat diagnosis, memberi nasihat mengenai pergigian dan memberi rawatan pergigian yang diperlukan;

Membersih, menampal lubang dan mencabut gigi yang rosak atau cacat;

Membuat inai dan korona buatan untuk menggantikan gigi;

Merekabentuk, membuat dan memasang gigi palsu penuh dan sebahagian, ortodontik dan alat pergigian lain serta menjalankan kerja pemasangan titian gigi;

Memberi rawatan pembedahan, perubatan dan rawatan lain bagi penyakit dan gangguan pergigian atau mulut tertentu;

Menganjurkan program umum bagi mengekalkan atau mempertingkatkan piawaian kesihatan mulut dan penjagaan kesihatan pergigian;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Doktor Pergigian

Pakar Pedodontik

Pakar Prostodontik

Pakar Periodontik

Pakar Ortodontik

Doktor Pergigian, Pembedahan Mulut

Ciri-Ciri Peribadi

Doktor pergigian memerlukan gabungan pengetahuan perubatan, kemahiran klinikal, kekuatan manual dan minat untuk bekerja dengan orang pelbagai usia dan latar belakang. Sebagai tambahan, mereka juga perlu :

Sihat tubuh badan;

Mempunyai ketangkasan manual dan visual;

Pintar;

Berkemahiran dalam menjalinkan hubungan perseorangan;

Sikap yang menyenangkan dan mententeramkan;

Minat dalam bidang fizik, kimia dan biologi;

Suka bergaul dengan orang.

Kelulusan

Ijazah dalam ilmu pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta diterima berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,739.10
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dan kor perubatan dan pergigian Angkatan Tentera dan universiti-universiti.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik swasta. Doktor Pergigian juga boleh membuka klinik pergigian persendirian.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :

1.  Universiti Malaya
2.  Universiti Kebangsaan Malaysia
3.  Universiti Sains Malaysia

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dengan 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia, Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Inggeris. STPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan lulus penuh dalam Biologi, Kimia dan Fizik dan lulus penuh dalam salah satu daripada Ekonomi, Pengajian Perniaggan, Perakaunan, Matematik dan Komputer.

Doktor Haiwan


Doktor Haiwan terlatih dan berkelayakan secara perubatan. Mereka akan membuat diagnosis dan mempreskripsikan rawatan perubatan atau pembedahan bagi penyakit dan kecederaan haiwan. Mereka memberi nasihat kepada tuan punya haiwan, menghapuskan haiwan yang sakit atau tidak diperlukan, memberi imunisasi melawan virus am dan penyakit bakteria serta menjalankan pemeriksaan bedah siasat.

Keterangan Tugas

Menjalankan pemeriksaan dan membuat diagnosis terhadap penyakit atau kecederaan haiwan;

Melakukan rawatan pembedahan atau perubatan veterinar;

Memberikan perkhidmatan obstetrik kepada haiwan;

Memeriksa ternakan tenusu dan ternakan lain serta menginokulasi haiwan untuk mencegah penyakit;

Memberi nasihat berkaitan kebersihan, makanan, pembiakan dan penjagaan haiwan;

Memeriksa kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dibuat seluruhnya atau sebahagiannya daripada bahan mentah berpunca daripada haiwan untuk dijadikan makanan manusia;

Membantu dalam epidemiologi, radiology dan pengawasan lain berkaitan kesihatan haiwan;

Menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian;

Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Pakar Veterinar

Pakar Bedah, Veterinar

Pakar Veterinar, Kesihatan Awam

Ciri-Ciri Peribadi

Minat pada binatang tanpa perasaan sentimental, geli atau takut;

Perwatakan yang menenangkan dan bertanggungjawab;

Kemahiran dalam perniagaan dan asas akaun;

Kesihatan fizikal, kekuatan dan stamina;

Bergantung pada diri sendiri dan bersedia bekerja pada waktu yang kurang menarik;

Tidak alah pada binatang atau burung;

Kecenderungan dalam bidang sains;

Kemahiran berkomunikasi dan berhubung dengan orang awam;

Daya pemerhatian dan pertimbangan yang kuat;

Mengambil-tahu tentang perkembangan dalam perubatan kedoktoran haiwan masa kini;

Mengambil tahu tentang perkembangan dalam perubatan veterinar masa kini.

Kelulusan

Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam ilmu Perubatan Veterinar atau dalam bidang Sains Veterinar yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah Akta Doktor Veterinar 1974.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,709.40
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar boleh memasuki perkhidmatan veterinary yang terlibat dalam kesihatan umum veterinary dan pengeluaran ternakan. Peluang pekerjaan sebagai pegawai penyelidik terdapat di pertubuhan-pertubuhan penyelidikan perubatan, universiti, MARDI dan beberapa projek usahasama di bidang ternakan antara perbadanan kemajuan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan swasta seperti Johor Tenggara, DARA Beef, Pahang Beef.

Di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan sebagai pegawai haiwan, pegawai analisa projek, pengurus, pegawai penyelidik dan yang berkelayakan boleh menjalankan perusahaan atau perniagaan veterinar sendiri.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :

Universiti Putra Malaysia

Di luar negara contohnya United Kingdom pemegang ijazah veterinar boleh menjadi ahli Royal College of Veterinary Surgeons dan seterusnya menjadi Doktor Haiwan.

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dan kepujian dalam Kimia, lulus STPM dengan sekurang-kurangnnya Gred E dalam Biologi.

Ahli Farmasi


Ahli Farmasi terlibat dalam pembancuhan dan pembekalan ubat-ubatan mengikut priskripsi doktor atau formula yang tertentu. Mereka menggunakan konsep dan teori farmaseutikal dalam penyediaan serta pendispensan ubat-ubatan dan dadah serta menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran, penyimpanan, kawalan kualiti dan pengedaran dadah dan bekalan yang berkaitan

Keterangan Tugas

Menyediakan atau mencegah penyediaan ubat-ubatan mengikut preskripsi pengamal perubatan, pergigian dan veterinar atau formula yang ditentukan;

Menyemak preskripsi untuk menentukan dos yang dicadangkan tidak melebihi hadnya dan arahan difahami oleh pesakit serta memberi nasihat mengenai kemungkinan ketidaksesuaian dan kontraindikasi dadah;

Mendispens ubat-ubatan dan dadah di hospital atau menjualnya di farmasi;

Menyimpan fail preskripsi dan merekod keluaran narkotik, racun dan dadah yang membentuk tabiat;

Menasihati pesakit mengenai padanan generik dan kos terendah bagi dadah;

Mengadakan piawaian bagi dadah yang digunakan dalam farmaseutikal;

Menguji dadah untuk menentukan identity, ketulenan, kekuatan dan keselamatannya;

Menjalankan penyelidikan untuk membangunkan atau mempertingkatkan produk farmaseutikal, kosmetik dan kimia yang berkaitan;

Menentukan pembungkusan yang paling sesuai bagi bahan perubatan untuk mengelak daripada kerosakan serta memudahkan penyimpanan dan pengedaran;

Menjual dadah yang tidak dipreskripsi, bekalan bilik pesakit, kelengkapan dandanan diri, kosmetik dan barangan komersial yang lain;

Menyediakan dokumen dan laporan saintitik;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Ahli Farmasi

Ahli Farmasi, Perindustrian

Ahli Farmasi, Runcit

Ahli Farmasi, Hospital

Ciri-Ciri Peribadi

Minat berkhidmat kepada orang ramai;

Keupayaan bekerja dalam satu pasukan;

Daya mengenalpasti maklumat;

Darjah integriti yang tinggi;

Peka dalam menjalankan tugas;

Berdikari;

Kemahiran dalam membuat keputusan; dan

Standard etika yang tinggi

Kelulusan

Ijazah dalam bidang farmasi atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,521.30
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00

Prospek Kerjaya

Di sektor awam ahli farmasi terdapat di jabatan-jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan seperti di hospital-hospital dan dispensari. Pekerjaan ini juga terdapat di institut pengajian tinggi seperti universiti-universiti dan hospital pengajian. Mereka yang tekun dan mempunyai pengalaman berpeluang dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di industri-industri farmasi yang terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran atau penjualan ubat-ubatan di hospital swasta

Latihan

Intitusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

1.  Universiti Malaya

2.  Universiti Kebangsaan Malaysia

3.  Universiti Sains Malaysia

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan STPM atau setaraf sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan 2 subjek lain, atau Gred E dan Gred R dalam 2 subject lain (lulus dalam Biologi dan Kimia pada peringkat STPM).

Doktor Sakit Puan


Keterangan Tugas

Menentukan jenis penyakita dan merawat kesakitan pada bahagian anggota kelamin permpuan.

Memeriksa badan dan menentukan jenis penyakit yang dihidapi.

Melakukan ujian rawatan kecil dengan pemeriksaan histopathologikal.

Memberi rawatan penyakit atau melakukan pembedahan.

Ciri-Ciri Peribadi Sebagai Seorang Doktor Sakit Puan

Prihatin terhadap manusia, tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka.

Mempunyai sifat belas kasihan, berakal, bertenaga, sabah dan tabah.

Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis.

Mempunyai emosi yang stabil, dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan.

Berkemahiran berkomunikasi.

Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya.

Kelulusan Yang Diperlukan

Ijazah doktor perubatan (MBBS) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM1884.00
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Elaun Kritikal RM 550.00

Prospek Kerjaya

Peluan pekerjaan dan prospek kerjaya adalah baik sama ada di sektor awam ataupun swasta. Mereka boleh membuka klinik sendiri setelah berkhidmat dengan kerajaan atau hospital swasta. Di sektor awam mereka boleh meningkat ke peringkat JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam). Mereka juga boleh menjadi pakar perunding.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

1.  Universiti Malaya
2.  Universiti Teknologi Malaysia
3.  Universiti Sains Malaysia
4.  Universiti Putra Malaysia
5.  Universiti Islam Antarabangsa
6.  Universiti Malaysia Sarawak

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Sedaya College, International Medical Universiti

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau yang setaraf dan sekurang-kurangnya mendapat 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik atau

Sekurang-kurangnya mendapat 2 prinsipal B dlm mata pelajaran biologi, kimia fizik dalam STPM atau yang setaraf.

Kerjaya Di Bidang Kejururawatan


Bidang kejururawatan tergolong di dalam bidang perubatan. Bidang ini menyediakan penjagaan kejururawatan kepada pesakit, cedera dan orang lain yang memerlukan penjagaan yang seumpamanya dan menangani kes kecemasan sewaktu ketiadaan doktor. Pekerjaan yang tergolong di bidang kejururawatan seperti berikut:

1.  Jururawat
2.  Jururawat khusus
3.  Jururawat perindustrian

Keterangan Tugas

Membantu doktor perubatan dalam tugas memberi ubat, menggunakan pembalut pembedahan dan memberi jenis rawatan lain di bawah arahan doktor perubatan.

Membantu memberi rawatan pertolongan cemas seaktu kecemasan.

Membantu menyediakan rawatan fizikal dan psikiatri kepada pesakit mental.

Menyediakan penjagaan kejururawatan, rawatan dan nasihat kepada pesakit.

Menyediakan penjagaan kejururawatan kepada pesakit di rumah mereka.

Menyediakan perkhidmatan penjagaan dan nasihat kejururawatan kepada masyarakat atau di tempat kerja.

Ciri-Ciri Peribadi

Suka berkawan

Lemah lembut

Suka menolong

Sukakan kegiatan fizikal

Pandai mewujudkan hubungan antara individu

Sukakan suasana dan pekerjaan sosial

Kelulusan

Diploma Kejururawatan

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM830.00
ETP RM
EKA RM
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM1400.00 – 2230.00

Peluang Pekerjaan Dan Prospek

Peluang pekerjaan bidang ini terdapat di hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan sama ada di sektor awam dan swasta. Mereka boleh dipertimbangkan ke jawatan Ketua Jururawat, Penyelia jururawat dan matron.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Sekolah Jururawat Yang Dikendalikan Oleh Kementerian Kesihatan

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Tun Tan Cheng Lock College Of Nursing, Assunta Hospital

Syarat-Syarat Kemasukan

Sekurang-kurangnya mendapat kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Inggeris, Matematik dan satu mata pelajaran Sains di peringkat SPM.

Ahli Psikologi


Ahli psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik berkenaan dengan kelakuan manusia. Ia merupakan suatu sains dan menggunakan pengetahuan berkenaan untuk mempertingkatkan penyesuaian dan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan.

Keterangan Tugas

Merancang dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat mental, fizikal dan sifat yang lain seperti kecerdasan, kebolehan bakat, potensi dan sebagainya, mentafsir dan menilai keputusan serta memberi nasihat;

Menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan dan faktor lain ke atas pemikiran dan kelakuan individu;

Mengadakan sesi kaunseling atau rawatan teraputik dan memberikan perkhidmatan susulan;

Mengekalkan hubungan yang perlu seperti dengan ahli keluarga, pihak berkuasa pendidikan atau majikan serta mencadangkan penyelesaian dan pengendalian yang munasabah terhadap sesuatu masalah;

Mengkaji faktor psikologi dalan diagnosis, rawatan serta pencegahan penyakit mental dan gangguan emosi atau personaliti serta berbincang dengan professional yang berkaitan;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Ahli Psikologi, Klinikal

Ahli Psikologi, Pendidikan

Ahli Psikologi, Pekerjaan

Ciri-Ciri Peribadi

Terdapat ruang dalam bidang tersebut untuk mereka yang memiliki ciri-ciri peribadi dan kemahiran yang pelbagai. Seorang yang suka pada konsep-konsep dan penyelesaian matematik boleh menceburi cabang psikometrik. Sebaliknya, mereka yang peka terhadap hubungan perseorangan mungkin terdorong untuk bekerja secara langsung dengan klien yang menghadapi masalah emosi. Sekiranya anda menggabungkan kemahiran pertimbangan dan pemerhatian dengan minat yang mendalam terhadap kanak-kanak, kerjaya sebagai penyelidik dalam cabang psikologi pembangunan mungkin terbuka untuk anda. Walaupun terdapat banyak pilihan, ahli psikologi mesti memiliki ciri-ciri berikut:

Minat terhadap orang dan kelakuan mereka.

Stabil secara emosi dan matang

Kemahiran berkomunikasi yang baik

Sedia bekerja secara berkumpulan

Kefahaman mengenai pengkaedahan saintifik dan statistik

Menghormati kerahsiaan klien

Menyukai keagamaan, berdikari, kebebasan dan pembuatan keputusan

Berfikir secara kreatif dan mampu menyelesaikan masalah

Tahap kepintaran yang tinggi

Tajam dan pemerhatian dan berkaedah

Rasa ingin tahu dan adil

Peka dan prihatin

Kesabaran dan kecekalan

Kelulusan

Ijazah Sarjana Muda Psikologi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1419.00
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan Sektor Swasta mengikut keadaan pasaran kerja semasa

Prospek Kerjaya

Di Sektor Awam ahli psikoligi boleh berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia, Pensyarah-pensyarah di universiti-universiti sebagai pakar pemulihan, Penyelidik, Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Di Sektor Swasta ahli psikologi boleh bekerja di bidang pentadbiran dan pengurusan, perniagan dan perusahaan, pemasaran dan perhubungan awam, perjawatan, perkhidmatan kesihatan. Peluang dalam bidang psikologi di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah akan menjanjikan masa depan yang cerah, mereka boleh menubuhkan pusat penjagaan kesihatan mental, perunding pembangunan sumber manusia dan peluang mungkin bertambah apabila ahli psikologi mempertingkatkan kajian tentang kesan kemajuan teknologi di masa akan datang terhadap manusia.

Latihan

Institut Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Adalah:

Universiti Malaya

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Malaysia Sabah

Syarat-Syarat Kemasukan

Sekurang-kurangnya Gred D dalam kertas Am di peringkat STPM dan kepujian dalam matematik atau sains peringkat SPM.

Kerjaya Di bidang Pemasaran

Bidang pemasaran adalah pengkajian tentang kehendak pelanggan dan pembekalnya dengan mendapatkan keuntungan. Pengurusan jabatan jualan dan pemasaran merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan atau pertubuhan di bawah bimbingan pengarah syarikat serta rundingan dengan pengurusan Jabatan lain atau seksyen lain.

Keterangan Tugas

Mencari dan menganalisa keperluan pelanggan dan mengesyorkan tindakan;

Merancang produk baru dan mengubahsuai yang ada;

Merancang dan menganjurkan program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran;

Merancang, mentadbir dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan serta mengeratkan hubungan dengan pelanggan;

Menentukan senarai harga, diskaun dan cara penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan piawaian perkhidmatan pelanggan, galakan khas dan kempen khas;

Mengarah kaedah dagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaraskan kerja, jurnal atau menguruskan perlantikan ejen dan pengedar;

Mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap;

Mengawasi perkhidmatan pelanggan, invois, pembayaran dan kos pentadbiran;

Menyediakan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran;

Merancang dan mengarah operasi harian;

Mengawal selia pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan;

Mewakili Jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam pertubuhan atau dengan badan-badan luar;

Berhubung dengan agensi pengiklanan atau pembahagian pengiklanan mereka sendiri;

Menentukan produk itu boleh didapati di tempat yang betul dan pada masa yang tepat;

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang IniDiantaranya:

Pengurus Jualan Dan Pemasaran

Pengurus Produk/Jenama

Pengurus Penyelidikan Pasaran

Pengurus Pengiklanan

Wakil Jualan Teknik dan Perdagangan

Ciri-Ciri Peribadi

Kematangan

Dorongan yang kuat

Fleksibel

Tegas

Berkomunikasi dengan gaya yang meyakinkan dalam penulisan dan pertuturan.

Mempunyai personaliti yang ramah

Berperawatakan kemas

Bercita-cita tinggi

Persistan tanpa terlalu agresif

Sosial

Teratur dan bekerja dengan berkaedah

Kelulusan

Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (pemasaran).

*Kelayakan untuk kemasukan adalah agak berbeza bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang ingin dipasarkan. Sesetengah organisasi memerlukan kakitangan pemasaran mereka memiliki diploma atau ijazah yang berhubung dengan jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. (misalnya Kimia atau Kejuruteraan).

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor pembuatan RM1,749.00 – RM3460.00
Sektor Bukan Pembuatan RM1,970.00 – RM3669.00

Kerjaya di bidang ini kebanyakannya wujud di sektor swasta dan gaji permulaan bagi Eksekutif Jualan dan Pemasaran banyak bergantung kepada sektor perindustrian yang diceburi

Prospek Kerjaya

Prospek kerjaya bergantung keseluruhannya pada usaha dan prestasi dan kemajuan dalam bidang ini adalah baik bagi mereka yang telah dilatih dengan sempurna untuk mengetuai sesebuah kumpulan. Syarikat melantik Pengurus kawasan dan regional, yang bertanggungjawab mencapai sasaran jualan di samping mendorong dan memberikan bantuan sampingan kepada tenaga penjual. Kesalahan mereka yang terlibat dalam pemasaran lebih senang diiktiraf dan selalunya diberi ganjaran yang setimpal. Menilai dari segi banyaknya iklan yang terdapat dalam surat khabar, peluang bagi kakitangan pemasaran yang berpengalaman dan terlatih di negara ini adalah cerah.

Institut Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Universiti Malaya

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Utara Malaysia

Universiti Putra Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Universiti Malaysia Sabah

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti Teknologi MARA

Kolej Tunku Abdul Rahman

Institut Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Tersebut Adalah:

HELP INSTITUTE Sdn. Bhd.

Institut Sarjana

International College, Penang

Kolej IKRAM

Millennium Institute Of Tecchnology

Pusat Technologi DanN Pengurusan Lanjutan (PTPL)

SEDAYA College

Sepang Institute Of Technology

Sunway College

Systemmatic Education Group Bhd.

Taylors College

Universiti Tenaga Nnasional

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dengan kepujian Bahasa Malaysia, STPM sekurang-kurangnya Grad D dalam Ekonomi atau Perakaunan, Pengurusan Perniagaan.

Wakil Jualan Teknik Dan Perdagangan


Keterangan Tugas

Menyusun senarai bakal pelanggan dengan menggunakan buku panduan perdagangan dan sumber lain,

Memperoleh dan mengemaskinikan pengetahuan berkenaan produk keluaran majikan dan pesaing serta memahami pasaran,

Mendapatkan pesanan dan menjual barangan kepada peruncit, perusahaan, pemborong dan pertubuhan lain,

Menjual peralatan, bekalan dan perkhidmatan teknik yang berkaitan kepada pertubuhan perniagaan atau individu

Memberi bakal pelanggan maklumat umu dan khusus serta ciri-ciri dan fungsi mengenai peralatan yang hendak dijual dan melakukan demonstrasi mengenai penggunaannya

Menyatakan dan merundingkan harga, syarat-syarat kredit, mengikut kontrak dan merekod pesanan.

Mengatur penghantaran barangan, pemasangan peralatan dan penyediaan perkhidmatan

Membuat susulan ke atas pelanggan bagi memastikan kepuasan bagi produk yang dibeli dan menyelesaikan apa jua masalah yang timbul.

Melaporkan kekpada pengurusan jualan menenai jualan yang di buat dan produk yang boleh dipasarkan.

Melaporkan reaksi dan keperluan pelanggan kepada pengilang

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Menyelia pekerja lain

Ciri-Ciri Peribadi

Bersungguh-sungguh

Bercita-cita tinggi

Optimistik

Yakin diri

Bebas dan suka berbahasa

Cergas

Persisten tanpa terlalu agresif

Kelulusan

SPM

Diploma pengurusan perniagaan (pemasaran) dan bergantung kepada jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. (misalnya kimia atau kejuruteraan).

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Kerjaya di bidang in kebanyakannya wujud di sector swasta dan gaji permulaan bagi wakil Jualan Teknik dan perdagangan.

Sektor Pembuatan Sektor Bukan Pembuatan
Dengan Komisen RM – 750.00 RM – 750.00 – RM1316.00
Tanpa Komisen RM1407.00 RM1160.00 – RM1624.00

Prospek Kerjaya

Prospek kerjaya bergantung keseluruhan pada prestasi dan daya usaha diri pekerja yang menceburi bidang ini. Kebolehan mereka yang terlibat dalam pemasaran lebih senang diiktiraf dan selalunya diberi ganjaran yang setimpal.

Kerjaya di Bidang Perundangan

Pemegang Amanah Raya


Keterangan Tugas

Mentadbir harta simati atau harta yang diamanahkan kepada seseorang atau badan.

Mengurus pelaburan bagi pihak pelanggan.

Mengumpul maklumat mengenai milik harta benda serta tanggungan yang diamanahkan

Menilai atau mendapat penilaian milik harta benda yang diamanahkan.

Memohon surat warisan serta menentukan bahawa syarat-syarat di dalam sesuatu wasiat dipatuhi, cukai harta pusaka dibayar dan segala warisan diselesaikan.

Menyedia akaun serta menyimpan rekod secara terperinci mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil

Ciri-Ciri Peribadi Sebagai Seorang Pemegang Amanah Raya

Pandai mewujudkan hubungan antara individu.

Sukakan suasana dan pekerjaan sosial.

Suka menolong.

Bertanggungjawab

Saling memahami

Kelulusan Yang Diperlukan

Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (L.L.B)

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1513.00
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan Gaji mengikut pasaran semasa

Prospek Kerjaya

Peluang bagi jawatan pemegang amanah raya adalah terhad. Pekerjaan ini hanya terdapat di Perbadanan Amanah Raya yang dulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya. Pekerjaan ini tidak wujud di Sektor Swasta.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

1.  Universiti Malaya
2.  Universiti Kebengsaan Malaysia
3.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
4.  Universiti Teknologi MARA

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut :

1.  HELP Institute Sdn. Bhd.
2.  INTI College
3.  MSC Group Of Colleges
4.  Taylor’s College

Syarat-Syarat Kemasukan

Syarat minima yang diperlukan ialah kepujian dalam mata pelajaran English, Matematik dan 3 mata pelajaran di peringkat SPM atau yang setaraf atau

Mendapat 2 prinsipal di peringkat STPM atau yang setaraf.

Pembantu Undang-Undang


Keterangan Tugas

Mengendalikan hal-hal pentadbiran Pejabat

Menguruskan akaun dan akaun simpanan

Bertanggungjawab mengenai penyewaan Pejabat

Menguruskan asset dan harta Jabatan

Ciri-Ciri Peribadi

Bijak dan sabar ketika berurusan dengan klien

Memiliki kod etika yang kukuh

Objektif bijaksana dan bertimbang rasa

Kemahiran berkomunikasi, lisan dan penulisan

Kebolehan berfikir dan bertindak dengan pantas

Mempunyai sikap mengambil berat dan kesedaran kemasyarakatan

Mempunyai daya ingatan yang baik.

Kelulusan

Diploma Undang-undang daripada universiti atau institusi yang diiktiraf

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM1057.00
ETP
EKA
Sektor Swasta : Gaji Permulaan Gaji mengikut pasaran semasa

Prospek Kerjaya

Kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di sektor awam banyak terdapat di Jabatan Peguam Negara Jabatan Perdana Menteri. Manakala di sektor swasta pembantu undang-undang boleh bekerja di syarikat insuran, bank, firma guaman dan firma perakaunan.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Antaranya:

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Universiti Teknologi MARA

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menjalankan Kursus Antaranya:

HELP Institute Sdn. Bhd.

MSC Group Of College.

Taylor’s College

Syarat Kemasukan

Mendapat 5 kepujian termasuk Bahasa Inggeris di peringkat SPM dengan yang setaraf

Kerani Undang-Undang


Keterangan Tugas

Menyisih dan memfailkan surat menyurat, kad, invois, resit dan rekod lain mengikut abjad atau nombor atau sistem lain.

Menyimpan dan mengemaskinikan rekod personel bagi semua kakitangan organisasi.

Melaksanakan tugas perkeranian yang khusus berkaitan dengan hal-hal perundangan.

Mencari rekod perundangan bagi menyediakan maklumat yang diperlukan bagi sesuatu kes dalam pertimbangan.

Memfailkan surat guaman di mahkamah dan memberi surat guaman kepada peguam yang di sebelah pihak.

Menyediakan afidavit dokumen.

Menguruskan pemeriksaan dokumen yang menunjukkan hak milik harta atau hak-hak yang ada dalam wasiat.

Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai minat dalam hal perundangan.

Berkebolehan dalam hubungan dengan personel

Berkeyakinan dan mampu bertindak positif dalam semua keadaan.

Cekap berkomunikasi.

Mampu membantu membuat penyelesaian.

Kelulusan

Lulus STPM/SPM dan boleh menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Gaji Dan Faeadah-Faeadah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 583.00
ETP RM 135.00
EKA RM 80.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM1092.00

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan terdapat disektor awam dan swasta. Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Peguam Negara bahagian Undang-Undang JPM dan Mahamah Persekutuan. Di sector swasta pekerjaan in terhad kepada pejabat guaman dan bahagian undang-undang sesuatu firma atau syarikat.

Kerjaya Di Bidang Insurans

Bidang insurans telah diperkenalkan di Malaysia dalam kurun ke 18 berikutan kemajuan ekonomi, pertumbuhan yang pesat di sektor pembuatan dan perkhidmatan serta pertambahan penduduk. Insurans merupakan tunggak kehidupan komersil sesebuah negara. Industri ini memerlukan kepakaran, khidmat kakitangan yang terlatih di pelbagai bidang. Bidang insurans termasuk prinsip dan amalan insurans, insurans nyawa dan kesihatan, insurans sosial, perancangan pencen, pengurusan risiko, insurans hayat dan liabiliti, pengangkutan, marin, penerbangan dll. Pengendalian operasi syarikat insurans dan pengendalian tuntutan insurans.

Pengurus Insurans


Pengurus insurans hendaklah berkecenderungan kepada pengiraan iaitu berminat kepada perangkaan. Berkebolehan menilai dan merancang risiko insurans dengan pendekatan yang sistematik. Sifat rajin, jujur dan bertanggungjawab adalah penting. Perhubungan awam yang baik akan membantu mereka menjalankan kerja dengan lebih berkesan. Mentadbir program insurans dalam sesuatu syarikat. Termasuk membuat tinjauan atas harta benda syarikat dan kajian bagi mengkelaskan bencana dan menilai risiko insurans; merancang risiko insurans dengan mendapat nasihat dari jabatan kejuruteraan, personel dan kewangan serta membincangkan dengan broker insurans bagi membeli insurans yang patut dan munasabah. Mempastikan pengurusan syarikat/ perniagaan berjalan dengan lancar dan menguntungkan. Mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat insurans yang lain. Berusaha memperkenalkan polisi-polisi perlindungan baru demi kebaikan pengguna.

Keterangan Tugas

Mengurus hal-hal syarikat demi kemajuan industri insurans.

Menghubungi broker dan persatuan pembeli bagi mendapatkan maklumat kemajuan industri insurans.

Mengkaji pembentukan undang-undang insurans semasa mengubah risiko insurans.

Mengarah dan menyelaras program bagi mengelakkan kerugian melalui kajian dan pemeriksaan keselamatan dan mencadangkan cara-cara mengatasinya kepada pihak pengurusan atasan.

Penyediaan rekod dan laporan bagi analisis kos pengalaman, keselamatan dan ringkasan laporan pencegahan kerugian dengan pihak pengurusan.

Membuat kerja perundingan, penyelesaian tuntutan kerugian dengan pihak insurans.

Bekerjasama dengan bahagian undang-undang untuk mendapatkan maklumat tentang risiko yang diinsuranskan.

Mengodit perjanjian insurans bagi menentukan perubahan dalam keperluan insurans.

Merancang dan mengarah program pendidikan bagi menggalak penyertaan pekerja dalam rancangan insurans berkumpulan.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang ini Diantaranya:

Broker Insurans

Eksekutif Insurans

Penaja Jamin

Agen Insurans

Eksekutif Tuntutan

Adjuster Kerugian

Aktuaris

Penyelia Insurans

Ciri-Ciri Peribadi

Meminati profession ini

Seorang yang rajin, tekun dan kuat berusaha

Jujur dan bermotivasi tinggi

Berkebolehan dalam matematik dan boleh menyelesaikan masalah

Mampu meyakinkan pelanggan

Berkebolehan menjual dengan naluri kewangan yang cermat

Kemahiran berkomunikasi dalam pertuturan dan penulisan

Mempunyai inisiatif, kebijaksanaan, daya pujukan, analitik bersistem dan adil

Berkebolehan mendesak secara lembut

Mempunyai personaliti yang baik, kemas, segak dan konservatif

Sanggup bekerja luar tanpa mengira masa dan tempat.

Kelulusan

Memperolehi Ijazah dan lulus peperiksaan daripada Institut Insurans Malaysia (MII) serta Chartered Insurance Institute (CII) UK. Jawatan ini juga merupakan jawatan yang boleh disandang melalui kenaikan pangkat. Kelayakan yang diperlukan bagi jawatan ini ialah sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang insurans atau berpengalaman dan mempunyai kelulusan dan kemahiran dalam bidang insurans.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Jawatan ini tidak ada dalam sektor awam.
Sektor Swasta: Gaji dibayar mengikut kelulusan/pengalaman dan pasaran semasa.

Prospek Kerjaya

Insurans menawarkan banyak peluang bagi pemohon yang sesuai dan peluang untuk maju amat cerah kerana orangramai telah menyedari keperluan memiliki insurans. Peningkatan taraf hidup dan kemewahan dan perhatian terhadap jaminan kewangan telah turut meransang jualan insurans. Jumlah jualan insurans nyawa dan kesihatan juga akan meningkat dengan bertambahnya bilangan pekerja yang memasuki lingkungan umur 21- 54 dimana mereka yang didalam lingkungan umur ini mempunyai keperluan yang lebih tinggi untuk insurans nyawa dan kesihatan serta perlindungan untuk kediaman, kenderaan dan lain-lain barang berharga.

Selain daripada kewajipan undang-undang, kebanyakan individu dan perniagaan menyifatkan insurans sebagai satu keperluan. Peluang adalah lebih baik bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan meminati kerja jualan dan juga mampu membina kepakaran dalam pelbagai perkhidmatan insuran dan kewangan.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1.  Universiti Teknologi Mara
2.  Universiti Kebangsaan Malaysia
3.  Universiiti Utara Malaysia
4.  Universiti Malaya

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

Pendidikan dan latihan dalam bidang insurans boleh didapati daripada Institut Insurans Malaysia (MII). Kebanyakan syarikat insurans yang mantap menawarkan kursus latihan tersendiri. Latihan dan peperiksaan juga dikendalikan oleh Persatuan Insurans Nyawa Malaysia(LIAM) dengan kerjasama Institut Insurans Malaysia (MII) serta Chartered Insurance Institute (CII) UK.

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM/SPMV dengan 5 kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan lulus Bahasa Malaysia.

Penyelia Insurans


Seseorang Penyelia Insurans merancang, mengatur dan membina pelbagai jenis perniagaan insurans (nyawa, kebakaran, kemalangan, pendidikan, rawatan, perubatan, perlindungan, kenderaan dan sebagainya) serta memandu dan menyelia kerja jurujual insurans.

Keterangan Tugas

Membuat rancangan untuk memajukan perniagaan di sesuatu kawasan atau organisasi tertentu

Membuat sesuatu rangka kerja bagi tiap-tiap ejennya

Memberi panduan dan menyelia kerja-kerja harian mereka dengan menghubungi bakal pelanggan serta juga ejen-ejen mereka jika difikirkan perlu

Merancang agar ejen bekerja secara sistematik dan proaktif terhadap pelanggan baru

Merancang aktiviti promosi serta publisiti di kawasan-kawasan tertentu dengan memperkenalkan program-program baru yang dirancangkan oleh syarikat insurans

Menentukan supaya perniagaan mencapai kejayaan maksimum

Melaporkan kepada pihak atasan tentang kemajuan di kawasan atau organisasinya

Menyiasat kes-kes tuntutan

Mengambil, memilih dan melatih ejen-ejen baru dalam jualan insurans kepada pelanggan

Mengekalkan perhubungan sosial dengan semua pihak-pihak yang berpengaruh di sesuatu kawasan

Ciri-Ciri Peribadi

Harus mempunyai personaliti ang baik

Bijak berkomunikasi, peramah, sangguh bergaul dengan orang ramai

Bersifat jujur, amanah dan bertanggungjawab

Sanggup bekerja tanpa mengira tempat dan masa

Kelulusan

Kelayakan minimum yang diperlukan ialah SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya. Calon SRP/PMR boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan. Perlu menduduki peperiksaan dalam bidang insurans yang dianjurkan oleh Persatuan Insurans Awam Malaysia (PIAM) dan mengikuti latihan yang disediakan oleh pihak majikan.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Jawatan ini tidak ada dalam sektor awam.
Sektor Swasta: Gaji dibayar mengikut kelulusan/pengalaman dan pasaran semasa.

Mereka akan dibayar komisen dan ‘overiding’ ke atas perniagaan yang dijalankan oleh wakil-wakil insurans di bawahnya.

Prospek Kerjaya

Tidak ada batasan. Perusahaan insurans sedang berkembang pesat di Malaysia. Seseorang yang rajin dan bercita-cita tinggi boleh mendapat pendapatan yang lumayan dan boleh dinaikkan ke tingkatan yang lebih tinggi seperti pengurus insWakil Insurans (Jurujual)

Kebanyakan orang mengenali insurans melalui wakil/agen/jurujual. Ia merupakan orang tengah sebagai penghubung dalam perniagaan insurans. Jualan insurans amat bergantung pada wakil yang biasanya mendapat ganjaran melalui jumlah urusniaga yang dihasilkan. Tugas utama ialah menjual segala bentuk insurans seperti insurans nyawa, kemalangan, kebakaran, pendidikan, rawatan hospital, marin dan berbagai-bagai jenis insurans yang lain.

Keterangan Tugas

Mengumpul senarai bakal pelanggan melalui perhubungan sosial dan perniagaan dengan menyemak buku panduan perniagaan dan professional

Menemuduga bakal pelanggan dan menentukan minat dan keperluan insurans mereka

Merancang dan mencuba menjual polisi baru kepada pelanggan

Memberi penerangan mengenai cirri-ciri baru kadar premium, nilai tunai, pinjaman dan kemudahan lain

Menentukan prosedur untuk pemeriksaan perubatan, pemeriksaan harta atau penentuan polisi yang lain

Mencuba menjual polisi yang telah disemak jika pemohon terdahulu belum dijamin oleh syarikat

Memberitahu syarikat tentang permohonan pelanggan bagi pembayaran gantirugi

Mengutip premium bagi pihak syarikat serta menyimpan rekod yang dikehendaki

Pekerjaan Yang Dikelaskan Di Bidang Ini Diantaranya:-

Jurujual Insurans Nyawa

Jurujual Insurans Kebakaran

Jurujual Insurans Pendidikan

Jurujual Insurans Perubatan

Jurujual Insurans Kenderaan

Ciri-Ciri Peribadi

Berkemahiran berkomunikasi dengan pelanggan dan orang ramai

Mempunyai inisiatif, kebijaksanaan, daya pujukan, analitik, bersistematik dan adil

Berkebolehan mendesak secara lembut

Mampu menyakinkan pelanggan

Boleh menyelesaikan/berhujah masalah yang diutarakan oleh pelanggan

Boleh bekerja dengan masa yang tidak menentu

Berpakaian kemas, segak dan konservatif

Kelulusan

Sekurang-kurangnya lulus SPM/SPMV dan juga terbuka kepada para siswazah yang berminat. Boleh menjalankan tugas secara tetap atau sambilan.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Dibayar mengikut kadar komisyen dari jumlah polisi yang dapat dijual dalam tempoh sebulan.

Prospek Kerjaya

Di Malaysia peluang pekerjaan dalam industri ini amat cerah dan menggalakkan. Selain dari kewajipan undang-undang, orang ramai menyifatkan pemilikan polisi insurans sebagai satu keperluan tidak mengira keadaan ekonomi. Peluang adalah lebih baik bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan meminati kerja jualan dan juga boleh mendapat kepakaran dan pengalaman bagi meningkat ke jawatan yang lebih tinggi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: